Berita

Neil Marshall Bakal Arahkan Filem Reboot Hellboy

Views

Apabila pengarah Guillermo del Toro mengumumkan filem ketiga Hellboy tidak akan dihasilkan, ramai peminat kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh pengarah terbabit. Bagaimanapun, pencipta karakter tersebut Mike Mignola memberitahu, keputusan del Toro tidak bermakna Hellboy akan berkubur selama-lamanya.

Melalui lama Facebook beliau, Mignola mengumumkan Neil Marshall (Pengarah The Descent, Game of Thrones) akan mengarahkan filem reboot Hellboy, dan yang menariknya filem tersebut bakal diklasifikasikan sebagai R-Rated dengan pelakon filem Stranger Things, David Harbour diangkat sebagai hero filem berkenaan.

David Harbour

Laman web The Hollywood Reporter melaporkan, produksi Millennium dikatakan sedang berunding dengan penerbit Larry Gordon dan Lloyd Levin untuk menerbitkan filem ini. Jika rundingan berjaya, produksi Millennium akan menjadi produksi ketiga menerbitkan filem Hellboy yang mana filem pertama diterbitkan oleh Revolution Studio dan diedarkan oleh Sony manakala filem kedua dihasilkan oleh Universal Pictures.

Filem reboot Hellboy ini akan bertajuk Hellboy: Rise of the Blood Queen dan menampilkan penulis skrip filem Eureka, Andrew Cosby bersama-sama Christopher Golden dan pencipta Hellboy sendiri, Mignola.

Filem yang diadaptasikan dari siri komik telah dibuat dalam bentuk live-action pada tahun 2004 oleh del Toro, tetapi hanya mampu mengutip $99 juta sahaja walaupun mendapat respond yang positif. Filem kedua, Hellboy II: The Golden Army pula diterbitkan pada Julai 2008 dan hampir mencipta kejutan tetapi prestasi kutipan tiket filem mereka merudum selepas 6 hari tayangan disebabkan saingan dengan filem The Dark Knight arahan Christopher Nolan.

So, kepada peminat Hellboy, adakah mahu menonton filem reboot ini yang tidak akan diarahkan oleh Guillermo del Toro?

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks