Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Siri TV

Neil Gaiman Berjanji Siri Netflix Sandman Tidak Akan Meminggirkan Versi Komik

Sejak diumumkan Julai yang lalu, peminat telah menaruh harapan yang cukup tinggi kepada siri Netflix The Sandman. Pencipta karakter Neil Gaiman telah berjanji bahawa pasukan kreatifnya akan berkerja bersungguh-sungguh dan berhati-hati untuk menterjemahkan cerita asal ke skrin.

Ketika sesi AMA di Reddit (via CBR), author berusia 58 tahun itu bukan saja menyakinkan peminat bahawa siri itu akan diadaptasikan dari bahan sumber yang tepat, malah akan mengikuti kisah komik dengan betul.

Gaiman akan menjadi penerbit eksekutif untuk siri The Sandman bersama-sama David Goyer, manakala penulis Wonder Woman, Allan Heinberg akan bertindak selaku ‘showrunner’.

Komik Sandman telah beberapa kali cuba diangkat ke ‘live-action’ termasuklah cubaan New Line Cinema untuk menghasilkan sebuah filem adapasi The Sandman. Namun filem yang sepatutnya dibintangi Joseph Gordon-Levitt itu gagal untuk dihasilkan.

Sandman pertama kali diperkenalkan komik DC, Vertigo pada tahun 1989 dan sebanyak 75 isu telah diterbitkan. Ia berkisarkan tentang karakter Dream berserta adik beradiknya yang turut dikenali sebagai Endless (Death, Desire, Despair, Delirium, Destruction dan Destiny). The Sandman adalah cerita tentang cerita dan bagaimana Morpheus, Lord of Dream, ditangkap dan kemudian belajar bahawa kadang-kadang perubahan tidak dapat dielakkan.

The Sandman kini sedang dalam pembangunan dan akan bersiaran di platform Netflix tidak lama lagi.

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Kedua “Sweet Tooth”

Kakimuvee

Leave a Comment