Walaupun berpengalaman berlakon dalam beberapa drama bersiri berprofile tinggi, Neelofa tetap dikritik oleh peminat selepas mereka menonton drama terbaru lakonan pelakon dan juga usahawan terkenal itu yang berjudul Red Velvet. Rata-rata netizen yang telah menonton drama tersebut melabelkan Neelofa sebagai kayu kerana karakter yang dibawa oleh pelakon tersebut kelihatan sedikit ‘keras’ dan kaku
Dalam drama yang diadaptasi dari novel itu Neelofa telah digandingkan dengan dengan Alif Satar yang mana rata-rata peminat memuji kualiti dan mutu lakonan aktor itu.
Selain itu juga, penulis novel Red Velvet, Acik Lana turut mengakui watak Halena yang dibawa oleh Neelofa pada mulanya kelihatan sedikit ‘keras’.
“Hai hai. Macam mana #redvelvetdrama setakat episod 4? Dengar cerita macam-macam orang komen pasal lakonan Neelofa sebagai Helena. Kayu? Keras? Kaku? Kalau dalam novel memang fizikal Helena lainlah daripada Neelofa. Sebab versi novel orangnya free hair, tinggi dan seksi meksi.
“Lakonan Neelofa awal-awal episod memang nampak macam keras sikitlah tapi bagi saya mula episod 3 dah kelakar dan seronok saja tengok,” ujar penulis novel berkenaan yang dipetik dari mStar.
Acik juga turut memuji lakonan Alif yang tampak semulajadi melontarkan dialognya selain turut menyukai watak Fareeq lakonan Hafidz Roshdi.
Drama Red Velvet merupakan sebuah drama romantik terbaru yang diarahkan oleh Hadith Omar. Ianya telah pun ditayangkan di Astro saluran Astro Ria pada 23 Oktober yang lalu dan kini telah memasuki episod keempat dari 20 episod yang bakal ditayangkan.
Selain neelofa dan Alif Satar, antara pelakon lain yang membintangi drama tersebut adalah Hafidz Roshdi, Amira Othman, Alif Hadi, Nina Nadira, Sharifah Shahora, dan ramai lagi.