Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Tempatan

Neelofa Cipta Sejarah, Menjadi Individu Pertama Malaysia Tercalon Dalam Influencer Awards 2019 Monaco

Pelakon dan pengacara terkenal tempatan, Neelofa dilaporkan telah tercalon dalam anugerah Influencer Awards 2019 yang akan berlangsung di Monaco pada Oktober ini. Pencapaian beliau sekaligus telah melakar sejarah apabila menjadi individu pertama dari Malaysia tercalon dalam anugerah tersebut.

Neelofa mendedahkan bahawa beliau tidak menyangka akan tercalon dalam anugerah tersebut dan melahirkan rasa syukur kerana bakal bertemu orang-orang penting dalam bidang perniagaan. Selain itu juga, pengacara tersebut tidak mengharapkan kemenangan buat masa ini.

“Sejujurnya, saya tidak menyangka tercalon dalam anugerah ini. Selain dikelolakan oleh keluarga diraja dan diadakan di luar negara, majlis anugerah ini juga bakal dimeriahkan dengan calon-calon lain daripada negara-negara berbeza. 

“Tentulah, menang bakal menjadi satu yang besar kepada saya. Tetapi, saya mahu ke sana kerana merasakan ia masa yang sesuai untuk berjumpa dengan individu-individu berpengaruh lain dan mengembangkan rangkaian saya,”

Ini merupakan kali kedua anugerah berprestij itu dianjurkan selepas pertama kali diperkenalkan pada 7 Oktober yang lalu di Hotel Meridien Beach Plaza. Anugerah kali ini akan dipengerusikan keluarga diraja Monaco dan bakal berlangsung pada hujung tahun ini iaitu 5 dan 6 Oktober.

Sumber: Cinema Online

Related posts

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Leave a Comment