Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Natasha Liu Bordizzo Akan Bawa Watak Sabine Wren Dalam Siri Disney+ ‘Star Wars: Ahsoka’

Natasha Liu Bordizzo (The Society, Most Dangerous Game, Guns Akimbo) akan menyertai Rosario Dawson dalam siri spin-off The Mandalorian, Star Wars: Ahsoka dengan memainkan peranan Sabine Wren, lapor Deadline. Sabine Wren merupakan salah satu watak dalam siri animasi Star Wars Rebels.

Ahsoka Tano telah membuat penampilan aksi-langsung pertama dalam siri The Mandalorian musim kedua. Siri terhad Star Wars: Ahsoka dijangka akan meneruskan cerita mengenai watak itu. 

Dave Filoni akan menulis lakonlayar dan turut berkhidmat sebagai penerbit ekskutif disamping Jon Favreau dan Kathleen Kennedy. Butiran lanjut mengenai projek terbaru Lucasfilm itu masih belum didedahkan. 

Dalam Star Wars Rebels, watak Sabine Wren telah disuarakan oleh Tiya Sicaris. Dia digambarkan sebagai “seorang pahlawan muda Mandalorian dan artis grafiti, pelajar Akademi Imperial yang tercicir, dan bekas pemburu dengan pengetahuan tentang senjata dan bahan letupan.”

Star Wars: Ahsoka dijangka memulakan penggambaran pada Mac 2022. Siri ini juga dijangka menampilkan kepulangan Hayden Christensen sebagai Anakin Skywalker.

Related posts

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Keanu Reeves Tidak Mahu Neo & John Wick Dijadikan Karakter Dalam Permainan Video Mortal Kombat

Kakimuvee

Leave a Comment