Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Natalie Portman Bintangi Filem Terbitan HBO “The Days of Abandonment”

HBO Films kini dalam proses untuk mengembangkan filem adaptasi novel terlaris The Days of Abandonment dari pengarang Itali, Elena Ferrante, dengan pemenang Oscar, Natalie Portman telah dipilih untuk memainkan peranan utama. Selain berlakon, Portman turut menjadi penerbit eksekutif melalui syarikat produksinya MountainA Films. 

Ini merupakan kolaborasi kedua diantara penulis Elena Ferrante dengan HBO setelah mereka berkerjasama dalam projek siri televisyen yang juga diadaptasikan dari satu lagi novelnya terkenal, My Brilliant Friend. 

Pertama kali diterbitkan pada tahun 2002, The Days of Abandonment digambarkan sebagai sebuah perjalanan tanpa batasan ke dalam minda seorang wanita yang sedang menghadapi krisis norma-norma keibuan dan identiti wanita ketika Tess melintasi tahap kegelapan dalam jiwanya sendiri. Filem ini akan mengikuti kisah Tess, seorang wanita yang meninggalkan impiannya sendiri untuk kehidupan rumah tangga yang stabil. Dunianya tiba-tiba selepas suaminya meninggalkannya.

Natalie Portman kini sedang menjalani penggambaran filem terbaru Marvel Studios Thor: Love and Thunder di Australia. Dia juga bakal muncul dalam siri terhad Apple TV+ Lady in the Lake disamping Lupita Nyong’o.

Related posts

Pengakhiran Semakin Hampir – Netflix Dedah Teaser & Pandangan Pertama Money Heist, Part 5 Volume 2

Kakimuvee

Klip Pertama Eternals Tunjuk Kehebatan Kumpulan Superhero Melawan Raksasa Deviants

Kakimuvee

HBO Asia Original GENSAN PUNCH wins Kim Jiseok Award at Busan International Film Festival

Kakimuvee

The Batman Beri Peringatan Tentang Trailer Terbaru Di Acara Maya DC FanDome

Kakimuvee

DISNEY+ HOTSTAR BAWAKAN LEBIH KANDUNGAN BAHARU YANG TERUNGGUL DARI ASIA PASIFIK

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Lancar Trailer Pertama “Home Sweet Home Alone”, Akan Ditayangkan Pada 12 November Ini

Kakimuvee

Leave a Comment