Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

NASKHAH ‘ALI ALIA’ SINGKAP REALITI KEMELUT RUMAH TANGGA

Kisah suami isteri ketepikan persengketaan, kompromi demi kasih terhadap anak-anak di Slot Tiara Astro Prima mulai 24 Ogos ini

Drama bersiri ‘Ali Alia’ ialah sebuah karya yang mengangkat genre kekeluargaan dan hubungan kasih sayang berkisarkan tentang pasangan suami isteri, Amir dan Mazni yang dihimpit dengan kemelut rumah tangga sehingga mahu mengakhirinya dengan penceraian. Keputusan tersebut menjadi titik punca yang menyebabkan anak mereka, Ali dan adik kembarnya yang autistik, Alia lari dari rumah kerana amat tertekan dengan pertelingkahan yang berlaku di antara ibu bapa mereka.

Idea asal drama ‘Ali Alia’ 13 buah episod terbitan syarikat produksi, Luqsar Kreatif Sdn. Bhd ini dicetuskan oleh bekas pengacara dan pelakon terkenal sekitar tahun 90-an yang kini aktif dalam bidang penulisan serta pengarahan, Rina Khan serta turut menampilkan sutradara berkaliber, Heykal Hanifah selaku pengarah.

Drama ini dibintangi oleh Fimie Don, Erynne Erynna, Rusdi Ramli dan Faezah Elai selaku teraju utama di samping barisan pelakon handalan seperti Fahrin Ahmad, Usop Wilcha, Sabrina Ali, Faradhiya, Rashid Jaafar, Sharifah Juairiah, Jay Iswazir, Kodi Rasheed dan Mior Hashim Manap.

Drama ‘Ali Alia’ bakal bersiaran menerusi slot Tiara secara eksklusif pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 24 Ogos 2021 di saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Related posts

WeTV Malaysia Mempersembahkan Siri Original Pertamanya, VILLA KRISTAL

Zulaikha

Filem Terbaru Adrian Teh “The Assistant” Akan Ditayangkan Mac Ini, Saksikan Trailer & Poster Rasmi Pertama Disini

Kakimuvee

Gandingan Mantap Shukri Yahaya, Janna Nick & Khai Bahar Dalam Drama Terbaru “Shakira”

Kakimuvee

‘Saat Kau Takluk Cinta Ini’ Akan Mengisi Slot Samarinda Bermula 20 Disember 2021

Zulaikha

‘Roh’ Dinobatkan Filem Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-31

Kakimuvee

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Leave a Comment