Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

NASKHAH ADAPTASI ‘LOVE, ELSA’ TARUHAN TERBAHARU ASTRO RIA

Penampilan julung kali Zul Ariffin dan Uyaina Arshad jayakan kisah fantasi cinta di slot Megadrama bermula Jun ini

Drama bersiri ‘Love, Elsa’ ialah sebuah karya adaptasi novel dengan judul yang sama nukilan Acik Lana yang mengangkat genre fantasi cinta terbitan syarikat produksi Juita Viden Sdn Bhd. Drama 24 episod ini diarahkan oleh pengarah prolifik Michael Ang serta turut menampilkan Nadia Khan dan Mamu Vies selaku penulis skrip. 

Antara barisan pelakon yang membintangi drama ini termasuklah Zul Ariffin, Uyaina Arshad, Riz Amin, Ramona Zam Zam, Badrul Muhayat, Ku Faridah, Zeera Azizi, Ikhram Juhari, Azhar Amir, Mona Allen, Iman Suhana, Nasz Sally, Mustapha Kamal  dan ramai lagi.

Drama ini tentang Ammara (lakonan Uyaina Arshad), seorang gadis yang mempunyai kelebihan untuk mengembara ke masa silam orang yang disentuhnya. Kesannya Ammara akan jatuh sakit selepas berlaku sentuhan. Disebabkan penyakit misteri ni, ayahnya menempatkan Ammara di satu kawasan yang dikawal ketat keselamatannya.

Ammara kemurungan hidup seorang diri selepas ibunya meninggal dan disisihkan oleh ayahnya sendiri. Kemunculan Ridza Kim (lakonan Zul Ariffin) yang berpindah bersebelahan rumahnya, mengubah hidup Ammara. Tanpa sengaja Ammara tersentuh Ridza Kim dan melihat masa silam lelaki itu. Ammara menggunakan kelebihannya untuk membantu menyelesaikan kes pembunuhan keluarga Ridza Kim dan lahirnya perasaan cinta.

‘Love, Elsa’ bakal menemui penonton pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 15 Jun 2021 menerusi slot Megadrama secara secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Related posts

Viu Original “Keluarga Baha Don” Kembali Lagi Untuk Musim 3

Kakimuvee

DRAMA KAHWIN PAKSA ‘CIK AYU MEE SANGGUL’ TIDAK KLISE

Kakimuvee

Go Shop Menjenamakan Semula CH111 Kepada BAARU Demi Menyasarkan Lebih Ramai Golongan Milenial Di Malaysia

Zulaikha

CLUB MICKEY MOUSE KEMBALI DENGAN MUSIM 4, TAYANGAN EKSKLUSIF DI DISNEY + HOTSTAR BERMULA 28 JULAI

Kakimuvee

DRAMA ‘LOCKDOWN’ PAPAR 8 KISAH RAGAM MASYARAKAT HARUNGI PKP

Kakimuvee

Gandingan Syafiq Kyle & Hanna Aqeela Dalam Drama Adaptasi Novel ‘SUARA HATI’

Kakimuvee

Leave a Comment