Trailer pertama animasi Batman: Death in the Family telah dilancarkan!
Filem animasi ini akan menjadi pengembaraan yang sangat berbeza dari apa yang biasa kita lihat dari Warner Bros. Animation. Mengambil contoh dari filem interaktif Netflix Black Mirror dan Kimmy Schmidt, penonton akan diberi peluang untuk memutuskan bagaimana cerita Caped Crusader dan Boy Wonder ini berjalan.
Batman: Death in the Family diadaptasikan dari komik “Batman: A Death in the Family”, sebuah komik yang terhasil dari acara yang dianjurkan DC Comics pada tahun 1988. Peminat pada waktu itu telah diberi pilihan untuk menentukan kesudahan cerita dengan mengundi melalui telefon.
Persembahan interaktif Blu-ray ini menawarkan banyak pilihan kepada penonton untuk menentukan kisah Batman: Death in the Family, dengan pelbagai twist dipertengahan cerita, dan penamat yang berbeza.
Diterbitkan, diarah dan ditulis oleh Brandon Vietti, filem ini merupakan prekuel kepada animasi Batman: Under the Red Hood, filem yang menyaksikan Jason Tood bangkit dari kematian menjadi Red Hood. Bruce Greenwood dan John DiMaggion kembali sebagai Batman dan Joker, manakala Vincet Martella turut kembali memainkan peranan Jason sewaktu muda.
Batman: Death in the Family akan dilancarkan dalam bentuk Blu-ray dan digital tidak lama lagi.