Berita

Naomie Harris Bakal Mainkan Peranan Villain Shriek Dakam Filem “Venom 2”

Views

Variety melaporkan bahawa bintang filem No Time to Die, Naomie Harris kini sedang berunding dengan pihak Sony untuk memainkan watak villain “Shriek” dalam filem sekuel Venom 2. 

Frances Barrison, aka Shriek, pertama kali diperkenalkan menerusi komik Spider-Man Unlimited No. 1 pada Mei 1993. Dia memiliki abiliti seperti ledakan tenaga sonik, penerbangan, dan keupayaan untuk mencetuskan emosi yang gelap dan ganas pada orang lain. Shriek juga merupakan kekasih kepada musuh ketat Venom iaitu Cletus Kasady a.k.a Carnage.

Berkemungkinan besar, asal usul karakter villain ini akan diubah disebabkan masalah hakcipta memandangkan Shriek adalah seorang Mutant.

Filem sekuel terbitan Sony Pictures ini akan diarahkan oleh Andy Serkis, yang menggantikan tempat pengarah filem pertama, Ruben Fleischer.

Manakala pelakon Tom Hardy akan kembali memainkan wataknya sebagai Eddie Brock / Venom bersama-sama Michelle Williams sebagai Anne Weying dan Woody Harrelson sebagai Cletus Kasady a.k.a Carnage.

Venom 2 akan menemui penonton pada 2 Oktober 2020.

BACA:  Pelakon Asal Dan Aykroyd & Ernie Hudson Secara Rasmi Sertai Barisan Pelakon Ghostbusters 2020

Tinggalkan Balasan

shares