Naomi Scott, Ella Balinska Sertai Kristen Stewart Dalam Filem Reboot Charlie’s Angels

0
75
views

Pelakon Ella Balinska kini sah bintangi filem reboot Charlie's Angels bersama-sama pelakon filem Power Rangers, Naomi Scott. Mereka akan menyertai Kristen Stewart yang turut dilaporkan akan bintangi filem aksi yang menampilkan trio wanita.

Elizabeth Banks akan mengarahkan filem ini dan dia turut dilaporkan akan melakonkan karakter Bosley. Pengarah itu juga menulis lakonlayar filem ini bersama-sama Jay Basu, penulis skrip filem The Girl in the Spider’s Web.

Francais Charlie's Angels bermula menerusi siri televisyen sekitar tahun 1976 sehingga 1981. Ianya dibintangi oleh Kate Jackson, Farrah Fawcett, Jaclyn Smith dan Cheryl Ladd. Dua filem Charlie's Angel telah dihasilkan iaitu Charlie' Angels pada tahun 2000 dan Charlie’s Angels: Full Throttle yang ditayangkan pada 2003. Kedua-dua filem tersebut dibintangi oleh Cameron Diaz, Drew Barrymore danLucy Liu

Penggambaran Charlie’s Angels dijangka akan dimulakan pada September ini di Berlin dan dijangka selesai pada Januari tahun hadapan. Sony Pictures menetapkan tarikh tayangan Charlie’s Angels pada 7 Jun 2019.

Sumber: Comingsoon.net

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here