Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerVideo

Nantikan Trailer Pertama Filem Animasi Superhero, The Incredibles 2


Lupakan sebentar Justice League, sabar sekejap menantikan trailer filem Marvel, Infinity War dan bersedia menunggu sebuah filem superhero yang telah lama kita nantikan, The Incredible 2. Selepas filem pertama ditayangkan pada 2004, peminat filem berkenaan yang masih kecil menanti dengan setia sambungan filem animasi superhero itu.

Dan kini, setelah 13 tahun menunggu, Disney akan melancarkan trailer pertama The Incredible 2 esok di ESPN.

The Incredible 2 bakal memberi fokus kepada Elastigirl, manakala Mr. Incredible akan menjadi surirumah membesarkan anak yang paling kecil, Jack-Jack. Maklumat lanjut mengenai plot filem ini tidak diketahui, tetapi kita boleh dapat sedikit gambaran apabila trailer pertama filem ini ditayangkan.

Sementara kita menunggu, mari kita tonton teaser trailer The Incredible 2 yang dikeluarkan oleh Disney di laman Twitter mereka.

The Incredible 2 akan menemui penonton pada 15 Jun 2018. Holly HunterCraig T. Nelson, dan Samuel L. Jackson antara pelakon yang menyumbangkan suara dalam filem kedua kali ini dan ia diarahkan oleh Brad Bird.



Related posts

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Squid Game: The Challenge Akan Tiba Di Netflix Pada 22 November Ini

Kakimuvee