Official TrailerSlot Asia

Nantikan Tayangan Filem Adiwira Gundala Pada 26 Disember Ini!

Views

TGV Pictures telah melancarkan teaser trailer Gundala untuk pasaran Malaysia, tayangan pada 26 Disember ini. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

Gundala merupakan filem adiwira dari Indonesia dan juga merupakan siri pertama dalam Jagat Sinema Bumi Langit / Bumi Langit Cinematic Universe.

Filem arahan Joko Anwar (Pengabdi Setan) ini akan mengisahkan tentang Sancaka (Abimana Aryasatya) yang hidup keseorangan di pinggir bandar setelah ditinggalkan orang tuanya.

Sancaka belajar hidup sendiri demi memastikan keselamatan dirinya. Pada suatu malam, Sancaka disambar petir dan perkara itu telah menjadikan kekuatan kepada Sancaka kerana hidupnya penuh keresahan atas realiti kehidupan yang penuh dengan ketidak adilan.

Gundala turut dibintangi Tara Basro sebagai Wulan, Ario Bayu sebagai Ghazul, Cecep Arif Rahman, Rio Dewanto, Muzakki Ramdhan dan pelakon terkenal Malaysia, Bront Palarae yang akan memainkan peranan sebagai penjahat utama iaitu Pengkor.

Filem yang diadaptasikan dari karakter komik Gundala ciptaan Harya “Hasmi” Suraminata ini telahpun ditayangkan di Indonesia pada 29 Ogos yang lalu dan telah mencatat jumlah penonton sebanyak 1 juta orang.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks