Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Asia

Nantikan “Rurouni Kenshin: The Final” Di Netflix Jumaat Ini

Kepada peminat Rurouni Kenshin, sila tanda kalender anda kerana filem Rurouni Kenshin: The Final akan hadir ke Netflix pada Jumaat ini! 

Rurouni Kenshin: The Final telahpun ditayangkan di Jepun pada 23 April yang lalu dan telah mendapat sambutan yang cukup hangat walaupun berdepan dengan pandemik COVID-19. Kini, peminat di Malaysia berpeluang untuk menonton entri live action terbaru Rurouni Kenshin apabila Netflix akan menayangkan filem tersebut pada 18 Jun ini.

Finale “Rurouni Kenshin” berdasarkan kisah Jinchu, kesimpulan kepada manga asal. Filem pertama membongkar misteri parut bersilang pada wajah Kenshin, sementara filem kedua akan mengikuti pertembungannya terhadap musuh yang paling menakutkan, Enishi.

Berdasarkan manga karya Watsuki Nobuhiro, siri filem live action “Rurouni Kenshin” telah bermula pada 2012, diikuti dua sekuel berjudul “Rurouni Kenshin: Kyto Inferno” (2014) dan “Rurouni Kenshin: The Legends End” (2014).

Takeru Satoh kembali memainkan peranannya sebagai Kenshin Himura. Dia turut disertai Emi Takei sebagai Kaoru Kamiya, Munetaka Aoki sebagai Sanosuke Sagara, Yu Aoi sebagai Megumi Takani dan Riku Ohnishi sebagai Yahiko Myojin

Related posts

“Jirisan” Kekalkan Kedudukan Pertama, “Chimera” Cipta Rekod Peribadi

Kakimuvee

Gong Yoo, Bae Doona & Ramai Lagi Dalam Poster Karakter “The Silent Sea”

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Filem Live-Action ‘Tokyo Revengers’ Akan Tiba Di Pawagam Tempatan Pada 9 Disember Ini

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Leave a Comment