Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Nantikan Naskah Terbaru Dari Kabir Bhatia – Pulang

Pengarah yang hebat, mampu memberikan satu elemen drama yang cukup padu kepada penonton. Bisik Pada Langit sudah membuktikan, itu belum dicampur dengan filem-filem menarik seperti Sepi, Setem, Nur Kasih The Movie, kini Kabir Bhatia kembali menghasilkan sebuah naskah yang berjudul Pulang.

Dibintangi oleh beberapa pelakon seperti Remy Ishak, Puteri Aishah Sulaiman, Alvin Wong, Azrel Ismail, Erwin Dawson, Sherry Al-Jeffri, Dato’ Jalaluddin Hassan, Juliana Evans, Dato’ Rahim Razali, Aida Khaleeda dan ramaii lagi, filem Pulang diangkat dari kisah sebenar yang berlaku pada era 40-an.

Pulang, adalah sebuah filem epik berlatar belakangkan tahun 1940-an, tentang seorang lelaki yang nekad mengubah nasib keluarganya dengan mengikuti pengembaraan belayar ke merata dunia. Sebelum berlayar, dia berjanji akan pulang bersama kekayaan. Dengan penuh kesabaran, isterinya akur dengan kepergiannya dan setia menunggu kepulangan suaminya selama 61 tahun.

Diterbitkan oleh Primeworks, Pulang menjanjikan sebuah filem yang cukup cantik perjalanan ceritanya berserta mesej yang cukul mendalam kepada penonton tentang kekeluargaan. Selain itu, penonton bakal disajikan sinematografi yang cukup menawan dan CGI yang inovatif dalam sebuah filem yang indah.

Diarahkan oleh Kabir Bhatia serta ditulis oleh Mira Mustaffa & Datuk Ahmad Izham Omar, Pulang bakal menemui penonton tempatan tidak lama lagi

Related posts

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Kakimuvee

Syarikat Penyiaran Hanya Mahu Pelakon Yang Miliki Lebih 1 Juta Pengikut Instagram

Kakimuvee

Pengarah PREBET SAPU ‘Bakar’ Beto Kusyairy

Kakimuvee

Tayangan Perdana ‘Mechamato’ Monsta di Cartoon Network, Disember 4

Kakimuvee

Syamsul Yusof Goda Plot Untuk ‘KL Gangster 3 The Finale’, Akan Melawan Mafia Antarabangsa

Kakimuvee

Leave a Comment