Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Nantikan Filem Seram Ghostland Yang Akan Ditayangkan April Ini.

Syarikat pengedar filem tempatan, RAM Entertainment akan membawakan kepada penonton sebuah filem seram terbaru arahan pengarah Pascal Laugier yang berjudul Ghostland. 

Filem yang ditulis oleh pengarah itu sendiri adalah hasil gabungan beberapa produksi dari Kanada dan Perancis. Dibintangi oleh Crystal Reed, Anastasia Phillips, Emilia Jones, ia mengisahkan tentang Pauline dan dua orang anak perempuannya, Beth dan Vera, mewarisi sebuah rumah daripada mak ciknya.

Pada malam pertama di rumah baru mereka, Pauline telah berhadapan dengan penceroboh dan dia terpaksa melawan demi keselamatan anak-anaknya. Insiden tersebut menyebabkan kedua-dua anaknya menjadi trauma tetapi memberi kesan berbeza kepada mereka. Beth membesar sebagai seorang penulis dan hidup bahagia bersama keluarga, bagaimanapun Vera menderita dan menjadi paranoid.

16 tahun kemudian kedua-dua mereka telah bertemu kembali bersama-sama ibunya di rumah tersebut dan perkara aneh mula berlaku

Ghostland dijangka akan menemui penonton tempatan pada 19 April ini.

Related posts

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Netflix Lancar Teaser Rasmi Siri Sekuel “Vikings: Valhalla”

Kakimuvee

‘Dendam Telah Tiba’ Dalam TV Spot Terbaru “The Batman”

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Debut Treler Baharu Untuk Siri Marvel Studios “Moon Knight”

Kakimuvee

Netflix Umum Tajuk Adaptasi Korea Money Heist, Tonton Teaser Pertama Disini

Kakimuvee

[VIDEO] Teaser “Moon Knight” Papar Pandangan Terbaru Oscar Isaac

Kakimuvee

Leave a Comment