Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Nantikan Filem Dilan 1990 Yang Akan Ditayangkan Di Malaysia Hujung Mac Ini


Setelah lebih dua bulan ditayangkan di pawagam-pawagam di Indonesia, filem romantis remaja, Dilan 1990 bakal menemui peminat-peminat filem di pawagam seluruh Malaysia bermula 29 Mac 2018 ini. Sehingga kini, filem Dilan 1990 telah ditonton lebih 6.2 juta penonton meletakkannya sebagai filem terlaris kedua dalam sejarah perfileman Indonesia.

Diarahkan oleh Fajar Bustomi dan dibintangi oleh  Iqbaal Ramadhan dan Vanesha Prescilla, Dilan 1990 diangkat dari novel popular berjudul Dilanku 1990 karya Pidi Baiq.

Filem Dilan 1990  diceritakan secara imbas-kembali (flashback) tentang percintaan dua remaja di Bandung pada tahun 1990. Milea (Vanesha Prescilla) dan Dilan (Iqbaal Ramadhan) bertemu sewaktu berada di sekolah menengah apabila Milea berpindah ke Bandung daripada Jakarta. Pertemuan yang bermula secara tidak sengaja itu merapatkan hubungan Milea dan Dilan untuk saling mengenali antara satu sama lain. Milea mula jatuh hati dengan cara Dilan dan menganggapnya seorang lelaki istimewa yang pemurah, bijak dan penyayang. Hubungan mesra Milea dan Dilan mula terganggu apabila kekasih Milea di Jakarta, Beni, datang bertemu Milea di Bandung untuk memujuknya agar kembali menyambung hubungan mereka. Keadaan menjadi lebih rumit apabila Dilan terlibat dalam pergaduhan dengan geng motor. Mampukah Milea dan Dilan pertahankan hubungan mereka dan terus bersatu?

Bagi yang gemarkan filem-filem Indonesia, nantikan filem terbitan produksi Falcon Pictures dan Max Pictures yang akan ditayangkan di Malaysia pada 29 Mac 2018


Related posts

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee

“My Dearest” Dominasi Rankin Drama & Pelakon Untuk Minggu Ini

Kakimuvee

Lee Sun Bin, Kim Min Seok Akan Membintangi Filem Seram Terbaru

Kakimuvee