Namron Kembali Menerusi 2 Filem Terbaru

0
44
views

Selepas menempa kejayaan menerusi filem One Two Jaga, pelakon dan pengarah terkenal, Namron bakal kembali menerusi dua filem terbarunya berjudul Master Picisan dan Mat Derih Kola Perlih.

Menurut pelakon tersebut, kedua-dua filemnya itu akan gengsterism dan budaya politik tempatan.

Filem Master Picisan kini dalam proses suntingan selepas selesai menjalani penggambarannya baru-baru ini manakala filem Mat Derih Kola Perlih akan berkonsepkan biografi menerusi penciptaan watak fiksyen Mat Derih.

"Saya akan menyampaikan peralihan kehidupan Mat Derih daripada seorang gengster yang akhirnya menjadi ahli politik,"

Filem Mat Derih Kola Perlih itu masih diperingkat awal dan Namron masih belum menjumpai pelakon yang sesuai untuk membawakan watak Mat Derih.

Ketika berkata kepada wartawan Kosmo!, watak Mat Deris memerlukan seorang pelakon yang bukan sahaja perlu mempunyai ilmu seni bela diri tetapi juga perlu fasih bertutur loghat Kuala Perlis.

Jadi kepada peminat karya dan lakonan Namron, kita nantikan kemunculan dua filem terbaru beliau.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here