Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Namron Ditolak Stesen Televisyen Kerana Paras Rupa?

Namron – Pelakon Lelaki Terbaik FFM ke-29

Pelakon, pengarah dan juga penulis skrip, Namron telah mendedahkan bahawa namanya telah ditolak oleh sebuah stesen televisyen untuk menjayakan sebuah telefilem Hari Raya Aidilfitri.

Namron atau nama sebenarnya, Shahili Abdan, tidak mengentahui sebab namanya digugurkan oleh pihak steyen televisyen berkenaan dan mengakui berasa kecewa dengan pekara tersebut. Beliau meluahkan perasaan berkenaan ketika ditemubual oleh wartawan.


“Kali terakhir adalah lima tahun lalu apabila saya berlakon drama bersiri arahan Feroz Kader untuk terbitan stesen berkenaan. Selepas itu terus senyap, tiada sebarang tawaran yang muncul.

“Saya dimaklumkan oleh produksi telefilem bahawa nama ditolak. Patutlah sudah lama saya tidak berlakon drama yang diterbitkan stesen terbabit. Saya cuma ingin tahu mengapa saya gagal dapat tawaran itu,” – Malaysiakini.

Pelakon berusia 48 tahun ini menerima nasib sama dengan rakan seperjuangannya iaitu Amerul Affendi yang sebelum ini turut menyuarakan rasa kecewa apabila namanya sering ditolak oleh stesen TV berikutan tidak mempunyai rupa paras kacak.

Dalam pada itu, Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-29 dalam satu postingnya di Twitter berkata; “Kita ada kelas, Merul. Jangan risau.”

Masalah ini sebenarnya sudah lama berlaku dan sehingga kini ia masih lagi tidak selesai kerana sifat segelintir pihak stesen televisyen kini lebih mementingkan rupa paras dan populariti seseorang artis itu berbanding bakat lakonan.

Diharap perkara ini dapat diatasi dengan segera supaya setiap pelakon diberi peluang untuk berlakon tanpa hanya bersandarkan kepada rupa paras.

Related posts

#RekaanRakyat: The Assistant, Kill-Fist, & Ceroboh Mengembangkan Lagi Kandungan Tempatan Di Netflix

Kakimuvee

“Ejen Ali” Musim 3 Bahagian Kedua Akan Dilancarkan Secara Eksklusif di Disney+ Hotstar Disember Ini

Kakimuvee

Trailer & Poster Rasmi ABANG LONG FADIL 3 Telah Dilancarkan!

Kakimuvee

Air Tiada, “Kalut Nak Kahwin” – Akan Datang 4 Ogos Ini Di Astro First

Kakimuvee

KERJASAMA EKSKLUSIF ANTARA SUKE TV DAN iQIYI SAJIKAN RANCANGAN TEMPATAN BUAT PENONTON ANTARABANGSA

Kakimuvee

Adrian Teh Kongsi Gambar Belakang Tabir “Bakara”

Kakimuvee

Leave a Comment