Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Namor Adalah Mutan Dalam “Black Panther: Wakanda Forever”, Saksikan Gambar Terbaru Disini


Gambar terbaru dari sekuel filem Marvel yang akan datang, Black Panther: Wakanda Forever, telah didedahkan, menunjukkan Tenoch Huerta sebagai Namor. Filem ini dijadualkan tayangan pada 11 November 2022. 

Gambar ehsan dari Empire Magazine ini menonjolkan Namor, yang diinspirasikan dari budaya dan sejarah Mesoamerica. Tidak seperti versi komik, dimana Namor adalah pemerintah Atlantis, filem akan datang menyaksikan Namor sebagai penguasa Talocan, yang juga diambil daripada budaya sebenar dan bukannya mitologi Yunani

Dalam temu bual dengan Empire, Huerta bercakap tentang perubahan pada watak dan dan bagaimana keputusan T’Challa untuk mendedahkan kewujudan Wakanda kepada dunia mempengaruhi Namor dan rakyatnya.

“Keputusan itu meletakkan Talocan dalam bahaya,” kata Huerta. “Dan Talocan perlu mengambil tindakan untuk melindungi diri mereka sendiri.”

Huerta juga mengesahkan khabar angin yang telah diperkatakan untuk beberapa ketika, dan mendedahkan bahawa Namor, sebenarnya, akan menjadi mutan dalam filem yang akan datang.


Dalam filem itu, Ratu Ramonda, Shuri, M’Baku, Okoye, dan Dora Milaje berjuang untuk melindungi negara mereka daripada campur tangan kuasa dunia selepas kematian Raja T’Challa,” menurut sinopsis.

Ketika rakyat Wakanda berusaha untuk meneruskan bab seterusnya, wira mesti bersatu dengan bantuan Pahlawan Perang Nakia dan Everett Ross dan menempa laluan baharu untuk kerajaan Wakanda.”

Filem akan datang sekali lagi diarahkan oleh Ryan Coogler daripada lakon layar yang ditulis olehnya bersama Joe Robert Cole.

Ia menyaksikan banyak pelakon asal kembali, termasuk Lupita Nyong’o sebagai Nakia, Danai Gurira sebagai Okoye, Angela Bassett sebagai Ramonda, Martin Freeman sebagai Everett K. Ross, Letitia Wright sebagai Shuri, Winston Duke sebagai M’Baku, dan Florence Kasumba sebagai Ayo.

Menyertai mereka ialah pendatang baharu francais seperti Tenoch Huerta (Narcos: Mexico) sebagai Namor, Michaela Coel (I May Destroy You) sebagai Aneka, Mabel Cadena sebagai Namora, dan Alex Livinalli sebagai Attuma.


Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee