Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Namgoong Min Bertukar Menjadi Ejen Khas Dalam Gambar Terbaru Drama Aksi Blockbuster “The Veil”

Drama MBC The Veil telah mendedahkan gambar terbaru Namgoong Min.

The Veil adalah drama aksi blockbuster terbaru yang dibintangi oleh Namgoong Min sebagai Han Ji Hyuk, ejen elit di NIS (National Intelligence Service). Setelah hilang selama satu tahun dalam misi menghapuskan sindiket jenayah terancang, dia dengan berani pergi ke organisasi untuk mencari pengkhianat yang menjatuhkannya ke neraka.

Han Ji Hyuk adalah ejen rahsia yang tidak pernah berhenti sehingga dia mencapai matlamatnya. Dia memiliki naluri yang pantas, fasih berbahasa, dan memiliki kemahiran dalam menembak dan bertarung yang tiada tandingannya. Dia menghilang secara tiba-tiba dan menyebabkan organisasi berada dalam keadaan krisis, tetapi kembali setahun kemudian untuk menggegarkan segalanya sekali lagi.

Gambar terbaru, yang anda boleh lihat dibawah, menunjukkan transformasi Namgoong Min menjadi Han Ji Hyuk. Dia menunjukkan mata yang kelihatan sama sekali tidak mempunyai emosi. Kelihatan juga rambutnya yang kusut, wajahnya yang berdarah, dan penampilannya yang suram. Matanya kosong, dan kelihatan tewas seolah-olah menunjukkan dia telah mengalami semua bencana.

Menyertai Namgoong Min adalah Park Ha-Sun, Kim Ji-Eun, Kim Byeong-Ki, Lee Kyoung-Young, Jang Young-Nam dan ramai lagi. The Veil akan memulakan tayangannya tidak lama lagi.

Sumber: Soompi

Related posts

“Jirisan” Kekalkan Kedudukan Pertama, “Chimera” Cipta Rekod Peribadi

Kakimuvee

Gong Yoo, Bae Doona & Ramai Lagi Dalam Poster Karakter “The Silent Sea”

Kakimuvee

Filem Live-Action ‘Tokyo Revengers’ Akan Tiba Di Pawagam Tempatan Pada 9 Disember Ini

Kakimuvee

Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon Mempamerkan ‘Bromance’ Mendebarkan Dalam Teaser “Bad And Crazy”

Zulaikha

Disebalik Pembikinan Siri Hit Netflix ‘Hellbound’

Zulaikha

Song Seung Heon & Jo Bo Ah Ditawarkan Peranan Dalam Filem Thriller “Hidden Face”

Zulaikha

Leave a Comment