Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Nama Pok Ya Cong Codei Dipatenkan


Sumber gambar: Malay Mail Online

Selepas mencipta fenomena menerusi telefilem Pok Ya Cong Codei, pelakon dan pengarah Sabri Yunus mendapati jenama tersebut telah diguna secara meluas oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan.

Susulan itu, dia telah mempatenkan nama Pok Ya Cong Codei bagi mengelakkan jenama itu terus dimanipulasikan.

“Saya tidak mempunyai masalah andai syarikat-syarikat kecil menjual produk atas nama Pok Ya Cong Codei. Kalau setakat jual kopi tepi jalan guna jenama itu, saya okey dan anggap itu rezeki mereka.

“Namun andai sudah mengaut keuntungan besar atas jenama yang saya bangunkan ini, saya perlu buat sesuatu tentangnya untuk menjaga nama dan hak juga,” 

Menurut pengarah berusia 57 tahun itu lagi, dia sudah pun mendapat hak paten tersebut sejak sebelum lalu.


Dalam pada itu, Sabri turut mendedahkan bahawa dia bakal mengeluarkan produk atas nama Pok Ya Cong Codei tidak lama lagi.

Selain itu, dia juga telah dilantik oleh sebuah syarikat perlancongan Richworld Travel & Tours Sdn Bhd sebagai duta Umrah Congcodei.

Menerusi pakej umrah tersebut, jemaah yang akan mengerjakan ibadah umrah akan menetap di hotel Concorde Madinah dan Mekah.

Sumber: Cinema Online


Related posts

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee