Nam Joo Hyuk & Jo In Sung Bakal Membintangi Drama Terbaru

190
views

Pelakon Nam Joo Hyuk dan Jo In Sung dilaporkan sedang berunding untuk membintangi drama tvN (tajuk tidak didedahkan lagi)

Menurut laporan dari Soompinama Nam Joo Hyuk telah dipertimbangkan untuk membintangi drama yang akan ditulis oleh No Hee Kyung. Sementara itu, pelakon Jo In Sung mendedahkan masih belum menerima tawaran rasmi, tetapi bersedia untuk melihat sinopsis drama apabila diterimanya.

Seorang lagi pelakon, Bae Sung Woo turut menerima tawaran untuk membintangi drama terbaru itu dan turut bersedia untuk mempertimbangkannya.

“It is true that we offered Nam Joo Hyuk a role in writer No Hee Kyung’s new drama. Nam Joo Hyuk is very happy about the offer, but because the synopsis and script are not complete yet, he is positively observing how things turn out. Nothing has been confirmed yet.”

Drama terbaru itu nanti akan berlatarbelakangkan mengenai kerja sukarela NGO antarabangsa (organisasi bukan kerajaan) dan kemungkinan besar akan dijadualkan untuk siaran tahun depan di tvN.

Penulis skrip No Hee Kyung sebelum ini pernah terlibat dalam projek That Winter, The Wind Blows, It’s Okay, That Love dan My Dear Friends.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here