Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Nam Joo Hyuk & Han Ji Min Pamerkan Chemistry Dalam Poster Filem Terbaru, JOSEE

Filem terbaru Han Ji Min dan Nam Yoo Hyuk telah memberikan gambaran terbaru menjelang tayangannya.

Pada 6 November, filem Josee (literal title) telah melancarkan gambar dan poster terbaru. Filem ini adalah remake dari filem Jepun yang diterbitkan pada 2004 berjudul Josee, the Tiger and the Fish, yang mana ia telah mendapat pujian penonton di Korea. 

Dalam versi 2004, Josee sering kalli keluar melihat dunia dengan kereta sorong yang ditolak oleh neneknya. Segalanya mulai berubah apabila dia bertemu dan jatuh cinta dengan Tsuneo, seorang pelajar kolej. 

Versi Korea yang diarahkan oleh Kim Jong Kwan akan mengikuti kisah Josee (Han Ji Min) dan Young Suk (Nam Joo Hyuk) ketika mereka bertemu dan memulakan kisah paling indah dalam hidup mereka. Anda boleh saksikan poster dan gambar terbaru dibawah.

Han Jin Min dan Young Suk sebelum ini pernah bergandingan dalam filem Radiant yang ditayangkan pada 2019, dan reunion mereka pasti dinantikan peminat. Josee akan ditayangkan di Korea pada Disember ini. 

 

Related posts

6 K-DRAMAS YOU CAN WATCH TO HELP SOOTHE YOUR TRAVEL ITCH

Kakimuvee

iQiyi Umumkan Enam Siri Asli Korea dan Filipina

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa The King’s Affection Akan Mencuri Hati Anda

Zulaikha

Siri Jenayah Gelap ‘One Ordinary Day’ Dedah Poster Karakter Yang Menampilkan Kim Soo Hyun

Zulaikha

Jun Ji Hyun & Joo Ji Hoon Mempertaruhkan Nyawa Mereka Dalam Teaser Terbaru Jirisan

Zulaikha

“The Veil” Umum Spin-Off 2 Episod Yang Memberi Fokus Pada Watak Park Ha Sun

Zulaikha

1 comment

ExCW November 8, 2020 at 12:22 pm

tiga kali wa nampak mamat nam ju hyuk ni
school nurse file , start up , josee
tahun dia agaknya

Reply

Leave a Comment