Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Nak Cari Filem Seram Korea? Ini 12 Filem Yang Harus Anda Tonton [Part 2]

Sebelum ini kami telah terbitkan artikel mengenai 12 filem seram dari Korea yang mampu membuatkan anda ketakutan (anda boleh bacanya disini). Kali ini, kami menambah senarai filem -filem seram menarik dari Korea. Anda boleh lihat senarainya dibawah!. 

1. Whispering Corridors (1998)

Filem seram pertama dari siri Whispering Corridors, dan menjadi sebahagian daripada ledakan di pawagam Korea berikutan liberalisasi penapisan setelah berakhirnya pemerintahan diktator tentera negara itu. Filem ini juga terkenal dengan kritikan terhadap sistem pendidikan negara Korea. 

Whispering Corridors mengisahkan tentang hantu seorang pelajar, yang meninggal di sekolah, kembali untuk membalas dendam dan melindungi rakan-rakannya. Selepas filem ini, beberapa sekuel telah dihasilkan iaitu Memento MoriWishing StairsVoice, dan A Blood PledgeBagaimanapun sekuelnya tidak berkait antara satu sama lain. 

2. Dead Friend (2004)

Buat jahat dibalas jahat, walaupun anda tidak mengingat apa kejahatan yang anda lakukan. Dead Friend menceritakan tentang Min Ji-Won (Kim Ha-Neul) yang menderita amnesia disebabkan oleh kemalangan hampir setahun yang lalu.

Selepas kemalangan itu, Min Ji-Won menjadi seorang yang pemalu. Tetapi sebelum kemalangan, Min Ji-Won adalah ketua kumpulan empat gadis yang suka membuli. Melalui gambar, Min Ji-Won mula mengenali tiga rakannya yang lain dan dia ingin mengetahui apa yang berlaku kepada mereka. Sementara Min Ji-Won berusaha membongkar misteri itu, bekas rakannya dibunuh satu persatu.

3. The Red Shoes (2005)

Inspirasi dari kisah dogeng berjudul sama karya Hans Christian Andersen dengan paparan darah yang mengerikan. 

Sejak meninggalkan suaminya, Sun Jae (Seong-su Kim) tinggal bersama anak perempuannya (Seo Ha-rim) di sebuah apartmen lama yang menyeramkan – dan ia akan menjadi lebih menyeramkan. Suatu malam di stesen keretapi bawah tanah, dia menemui sepasang kasut merah yang cukup cantik. Tetapi, ketika dia membawa mereka pulang, dia membawa kutukan yang mengerikan dalam hidupnya.

Apabila bayangan mimpi buruk mula menghantui fikirannya dan orang-orang di sekitarnya menderita dengan kematian yang mengerikan, Sun Jae mesti mengetahui rahsia kasut itu jika dia ingin terus hidup.

4. The Host (2006)

Antara filem Korea popular dari pengarah Parasite, Bong Joon-ho. Ditetapkan pada 2000an, kisah The Host bermula apabila ahli patologi ketenteraan Amerika mengarahkan pembantunya berbangsa Korea, melanggar protokol dengan membuang lebih daripada 200 botol toksik kimia formaldehyde ke dalam sinki alasannya hanya kerana botol-botol tersebut sudah berhabuk, saluran sinki itu menuju ke Sungai Han.

Dalam beberapa tahun kemudian, terdapat penemuan makhluk amfibia yang aneh di dalam air dan berkembang menjadi rasaksa yang memusnahkan penempatan dan membahayakan penduduk setempat.

5. Cinderella (2006)

Satu lagi kisah dongeng yang dijadikan inspirasi pembikin filem Korea dalam penghasilkan filem seram. Cinderella mengisahkan Yoon-Hee (Do Ji-Won), seorang pakar bedah plastik yang sudah bercerai, berpuas hati dengan kehidupannya kerana mempunyai anak perempuan yang cantik, Hyun-Soo (Shin Se-Kyung), yang taat dengan kepada ibunya.

Namun, kebahagiaannya berakhir ketika pesakitnya, juga rakan Hyun-Soo, membunuh diri di hadapan anak perempuannya. Hyun-Soo, merasa curiga terhadap ibunya, cuba mencari petunjuk di ruang bawah tanah rumah mereka yang tersembunyi.

6. Epitaph (2007)

Filem ini terkenal kerana sinematografi yang indah dan suasana yang menyeramkan: sebuah hospital yang memiliki rahsia. 

Dr. Park Jung-nam telah menjumpai album foto lama dari zamannya sebagai doktor pelatih di Hospital Ansaeng. Penemuan tersebut telah mencetuskan kenangan dalam hidupnya. Pada tahun 1942, perkahwinan Jung-nam yang diatur oleh keluarganya, telah berakhir apabila tunangnya, yang belum pernah dia temui, telah membunuh diri.

Kemudian dia ditugaskan untuk mengawasi bilik mayat pada lewat malam. Di sana dia jatuh cinta dengan mayat, yang mana mayat tersebut adalah tunangnya yang sudah meninggal dunia. Tidak lama kemudian kejadian misteri lain berlaku di hospital, yang melibatkan seorang gadis muda yang sering diganggu hantu dan seorang pembunuh bersiri yang mensasarkan tentera Jepun.

7. Loner (2008)

Filem seram Korea mengenai Hikikomori, seseorang yang mengasingkan diri dari masyarakat dan mengurung diri mereka.  Su-Na (Ko Eun-Ah), dulunya seorang gadis yang ceria dan comel, telah mengurung dirinya di bilik setelah rakan baiknya membunuh diri. Dia mula bercakap dan bersikap seolah-olah ada orang lain di biliknya, tetapi tidak pernah membuka pintu kepada sesiapa pun.

Akhirnya, bapa saudaranya membawa tunangnya, Yoon-Mi (Chae Min-Seo), seorang psikologi yang juga pakar hikikomori (orang yang mengasingkan diri dari masyarakat). Yoon-Mi segera mengetahui bahawa masalah Su-Na berkaitan dengan sejarah rahsia keluarga.

8. Death Bell (2008)

Musim peperiksaan Korea yang penuh dengan darah dan keganasan. Don’t Bell menyaksikan sekumpulan pelajar yang bersiap untuk peperiksaan terpaksa mengharungi ujian demi nyawa mereka. 

24 pelajar pintar, yang mahu mengambil peperiksaan untuk kemasukan universiti, telah terkunci didalam kelas dan tiada tempat untuk melarikan diri. Monitor televisyen menyiarkan Hae-yeong yang ketakutan, pelajar paling pintar di sekolah menengah, diikat dan duduk di kerusi di dalam akuarium yang perlahan-lahan mulai dipenuhi dengan air.

Suara dari monitor mengumumkan jika 24 pelajar tidak dapat menyelesaikan peperiksaan yang diberikan dalam masa yang ditentukan, Hae-yeong akan mati dan semua orang akan ditawan di dalam kelas. Mereka semua memulakan peperiksaan yang akan menentukan sama ada mereka hidup atau mati.

9. Thirst (2009)

Diinspirasikan dari novel 1867 Thérèse Raquin oleh Émile Zola, Thirst membawa penonton melihat seorang paderi yang menjadi ‘vampire’. Sang-hyun (Song Kang-ho), seorang paderi yang dihormati, menjadi sukarelawan untuk prosedur eksperimen dalam usaha mencari penawar kepada virus merbahaya.

Eksperimen tersebut bagaimanapun gagal, menyebabkan dia dijangkiti dan mati, tetapi transfusi darah yang tidak diketahui asal-usulnya, menyebabkan dia hidup kembali sebagai ‘vampire.’ Kini, Sang-hyun berbelah-bagi diantara kepercayaannya dan nafsu darah, dan mempunyai keinginan baru terhadap Tae-ju (Kim Ok-vin), isteri kepada rakannya.

10. The Cat: Eyes That See Death (2011)

Peminat kucing harus tengok filem seram ini. Filem arahan pengarah filem “Solace” (2006), Byun Seung-Wook, “The Cat” mengisahkan So-Yeon (Park Min-Young) menghidap klaustrofobia akibat kemalangan trauma yang dilaluinya ketika kecil.

Cuba menjalani kehidupan normal, So-Yeon bekeja sebagai perias di salah sebuah kedai binatang peliharaan. Pada satu hari, seekor kucing bernama Bidanyi dihantar ke kedai tersebut. Keesokan harinya pula, tuan kepada Binyani ditemui mati di dalam sebuah lif. So-Yeon kemudiannya menjaga Binyani dan semenjak dari hari itu, So-Yeon sering melihat pelbagai kejadian misteri terutamanya kelibat seorang budak perempuan.

Kematian misteri rakan baiknya, Bo-Hee mengundang 1001 misteri dan ketakutan So-Yeon, apatah lagi Bo-Hee mati selepas membela seekor kucing dari sebuah pusat perlindungan haiwan. Bimbangkan keselamatan dirinya, So-Yeon tiada cara lain melainkan menyiasat misteri kematian demi kematian di sekelilingnya yang dipercai ada kaitan dengan.

11. Don’t Click (2012)

Mungkin homage kepada francais seram Jepun, Ring. Don’t Click menceritakan tentang sumpahan sebuah video yang dikenali sebagai “forbidden video”, yang mendapat perhatian hangat di internet.

Jung-Mi meminta teman lelaki kakaknya Joon-Hyuk, yang bekerja dengan pasukan penyiasatan khas jenayah siber, untuk memuat turun fail tersebut. Setelah menonton video tersebut, rentetan peristiwa pelik berlaku kepada Jung-Mi, dan See-Hee perlu melakukan sesuatu menyelamatkan adiknya. 

12. Horror Stories (2012)

Filem antologi seram yang menampilkan empat cerita pendek dari empat pengarah yang berbeza. Horror Stories dimulakan dengan seorang pelajar sekolah tinggi bernama Ji-won yang diculik oleh pembunuh bersiri. Pembunuh itu hanya boleh tidur jika dia mendengar cerita seram. Berharap untuk dilepaskan, Ji-won mula menceritakan 4 kisah seram yang dia tahu kepada pembunuh itu, yang mana cerita-cerita tersebut dipaparkan dalam filem ini. 

Sumber: Cinemaonline, Buzzfeed, Rottentomatoes, Wikipedia, AsianWiki

BACA: 8 Filem Seram Jepun Yang Popular Satu Ketika Dahulu

Related posts

WHO ARE THE SHADYSIDE KILLERS?

Zulaikha

WE RANK THE MANY DISTURBING DEATHS IN HORROR FILMS

Zulaikha

5 Pekara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Menonton “Kingdom: Ashin of the North”

Kakimuvee

8 FUNNIEST MOMENTS OF HOSPITAL PLAYLIST S2 SO FAR

Zulaikha

A LOOK AT HAN SO-HEE’S K-DRAMA CHARACTER FASHION EVOLUTION

Zulaikha

6 Shows Starring Our Very Own Michelle Yeoh You Should Watch on Netflix

Isqandar

Leave a Comment