Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Najis Ditempat Tidur Antara Sebab Penceraian Johnny Depp dan Amber Heard

Kes saman fitnah Johnny Depp terhadap pemilik akhbar The Sun News Group Newspapers berlanjutan di Mahkamah Tinggi London semalam dengan pendedahan yang lebih mengejutkan … serta menyaksikan ‘hastag’ #AmberTurd menjadi trending di media sosial Twitter.

Depp memberitahu peguam bahawa dia mengakhiri perkahwinannya dengan bintang Aquaman, Amber Heard selepas najis ditinggalkan di tempat tidur mereka, suatu tindakan yang menyebabkan pelakon itu mengelar bekas isterinya, “Amber Turd.”

Setelah perbalahan yang tidak menyenangkan diantara mereka berdua, Pada 23 Mei 2016, Depp mendakwa bahawa Heard, atau rakannya IO Tillett Wright, telah membuang air besar di tempat tidur mereka setelah dia muncul lewat ke majlis ulang tahunnya,

Depp berkata bahawa pada keesokan harinya, dia menerima panggilan dari pembantu rumahnya yang memberitahu bahawa dia telah menemui najis di tempat tidur, dan dia tahu najis itu terlalu besar bagi salah satu dari dua ekor anjing peliharaan mereka.

Pada mulanya, dia mendapati kejadian itu lucu, dan mengelar “Amber Turd” dalam teks kepada rakan-rakannya.

Pelakon itu mengatakan bahawa, “iO Tillet Wright mungkin individu yang cukup jahat untuk melakukan tindakan seperti itu,” tetapi turut mendakwa bahawa Heard mengaku kepada pengurus harta tanah mereka yang tindakan itu adalah “prank” semata-mata. Kejadian tersebut dikatakan menjadi penyumbang kepada pengakhiran perkahwinan Depp dan Heard.

Depp kini dalam proses menyaman akhbar The Sun kerana telah mengeluarkan laporan fitnah yang menyatakan bahawa Depp telah mendera Heard sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

Related posts

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Antonio Banderas Sertai Harrison Ford Dalam “Indiana Jones 5”

Kakimuvee

“Black Widow” Lepasi AS$260 Juta Seluruh Dunia, “F9: The Fast Saga” Semakin Menghampiri AS$600 Juta

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Leave a Comment