Official TrailerSlot Tempatan

Nabila Huda Membalas Dendam Dalam Filem Seram Thriller M4M4

Views

Da Motion Media mempersembahkan sebuah filem seram thriler berjudul M4M4. Filem arahan Eyra Rahman ini dibarisi pelakon seperti Nabila Huda, Bella Dowanna, Faizal Hussein, Kodi Rasheed, Nizam Zaidi, Ungku Hariz, Eyra Hazali, Izzy Reef danbeberapa artis  lain.

Kisah bermula pada hari lahir ke-15 ALYA (Bella Dowanna) yang disambut setiap tahun bersama MAMAnya, AINI (Nabila Huda). Setelah kematian suami ketika Alya berusia lapan tahun, Aini berusaha keras setiap hari untuk memberikan kehidupan yang lebih baik untuk untuk anaknya.

Alya mempunyai dua kawan baik iaitu DANIEL (Izzy Reef) dan ELLY (Eyra Hazali). Mereka bertiga tinggal di kawasan yang sama dan membesar bersama-sama. Pada suatu hari, Alya,mereka diganggu oleh tiga orang lelaki iaitu APAI (Kodi Rasheed), LUK (Ungku Hariz) dan REMY (Niezam Zaidi) yang terkenal dengan gaya samseng mereka di kawasan tersebut.

Mereka sering menganggu pelajar-pelajar sekolah yang makan di kawasan tersebut,termasuk Alya. Namun, pada hari tersebut kesabaran Alya memuncak apabila Apai dengan beraninya menyentuh Alya. Berlaku pergaduhan di antara Apai, Alya dan Danny sehingga menyebabkan Alya dengan beraninya menyimbah sup panas kepada Apai.

BACA:  Saksikan 'Delete Scene' Eksklusif LAST CHRISTMAS Yang Menampilkan Emilia Clarke & Michelle Yeoh

Sewaktu Alya dan Elly sedang menunggu bas, sesuatu menimpa Elly dan dia terpaksa beredar dari situ buat seketika. Semasa Alya menunggu Elly, Apai dan kawan-kawannya muncul bersama motor dan membuat onar di situ. Alya dapat merasakan sesuatu yang tidak kena. Apai dan kawan-kawannya menarik Alya untuk pergi dari situ. Alya dibawa ke sebuah bangunan tinggal dan diperkosa dengan kejamnya. Alya pulang ke rumah dalam keadaan sakit dan cedera.

Aini cuba menyembunyikan emosinya sebagai ibu demi membantu Alya yang masih trauma. Namun, tekanan yang diterima dalam kalangan masyarakat menyebabkan jiwanya sebagai ibu turut terkesan. Melihatkan keadaan Aini, Alya cuba bangkit dan cuba untuk melupakan apa yang sudah terjadi. Dia mahu memulakan segalanya bersama Aini.

Bagaimana Aini sebagai seorang MAMA menangani kemelut emosinya? Adakah Aini sanggup memaafkan APAI, LUK dan REMY? Segalanya bakal terjawab di dalam filem M4M4 yang bakal ditayangkan di pawagam pada 6 Februari 2020.

Tinggalkan Balasan

shares