Slot Tempatan

Nabila Huda Kurang Bersetuju Aktiviti Penggambaran Dijalankan Sewaktu PKPB

Views

Pelakon Nabila Huda kurang bersetuju dengan kelonggaran yang diberikan pihak kerajaan kepada industri perfileman untuk kembali beroperasi.

Walaupun mengakui dirinya hampir hilang punca pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Nabila bimbang kelonggaran itu akan memberi impak negatif.

Nabila, 36, berkata pelbagai persoalan bermain di fikirannya termasuk mempersoalkan bagaimana aktiviti penggambaran boleh dijalankan dalam suasana normal baharu dan tindakan akan diambil pihak produksi sekiranya kru atau pelakon dijangkiti COVID-19.

For example shoot outdoor, untuk scene yang melibatkan orang ramai, scene gaduh, macam mana nak buat scene gaduh tapi penjarakan sosial?

All crew pakai mask during the shoot, how about us? Actors? Masa tengah berlakon, kena buka mask, pastu pasang balik bila director cakap cut?” katanya menerusi muatnaik status di Twitter.

Jelasnya, kenyataannya itu bukanlah untuk menimbulkan kontroversi namun hanya ingin meluahkan pandangan peribadi terhadap kesan negatif yang boleh berlaku kepada seluruh krew produksi sekiranya menjalankan aktiviti penggambaran dalam suasana pandemik ini.

“Persoalannya, what if kita dijangkiti during our shootAre you sure you wanna take a risk? Soal nyawa, semua ada keluarga.

BACA:  Saksikan Filem GERAN Pada Hari Raya Ke-6 Di TV Al-Hijrah

“Kalau family dijangkiti tu adalah perkara yang paling menakutkan. Imagine mak bapa kita atau anak dijangkiti because of us…won’t you feel regret?,” tambah Nabila lagi yang juga akui rindu ingin kembali berlakon.

Nabila Huda meluahkan pendapat demikian mengulas kebenaran aktiviti penggambaran dilakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti diumumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu.

Ia, bagaimanapun, perlu seiring dengan prosedur operasi standard (SOP) digariskan kerajaan yang akan dipatuhi oleh kru penggambaran terlibat.

Walaupun penggambaran boleh dilakukan mengikut SOP, Nabila turut berasa bimbang dengan pematuhan penjarakan sosial terutama apabila melibatkan babak orang ramai.

“Kalau scene kita sakit lumpuh, perlu pelukan dari suami atau anak, macam mana kita nak social distancing dengan scene tu?

“Yes faham kita boleh register nama, amik temperature kita, sebelum kita shoot nak pasti kan semua ok, but…macam mana kita nak shoot melibatkan public?” soalnya yang meminta pihak produksi untuk mempertimbangkan kebenaran itu.

BACA:  Monsta Tangguh Pelancaran "Mechamato Movie"

Sumber: Astro Awani

Tinggalkan Balasan

shares