Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Nabila Huda, Fikry Ibrahim Bintangi Filem Seram ‘Remake’ Berjudul RAHSIA

Selepas muncul dalam filem seram thriller berjudul M4M4, Nabila Huda bakal muncul dalam filem terbaru berjudul Rahsia. Filem terbarunya itu merupakan sebuah filem remake kepada filem seram klasik berjudul sama arahan Othman Hafsham yang pernah ditayangkan pada tahun 1987.

Menerusi filem tersebut, Nabila Huda akan bergandingan dengan pelakon baru, Fikri Ibrahim buat kali pertama.

“Pada 11 Februari ini, saya akan mula menjalani penggambaran bagi projek filem seram iaitu ‘remake’ kepada filem “Rahsia”. Bagaimanapun, skrip dan jalan ceritanya diolah supaya tak sama dengan yang lama.

“Kami juga akan menjalani latihan di Pulau Carey selama sebulan. Jujurnya, filem dan watak ini adalah antara yang paling berat saya pernah jayakan. Apa pun saya teruja untuk membintangi filem ini memandangkan saya dah lama tak berlakon filem.

“Ini merupakan kali pertama saya akan digandingkan dengan Fikry. Saya senang hati kerana produksi ini ada membuat sesi latihan jadi saya dapat mencipta keserasian bersama Fikry di set penggambaran,”

Filem arahan Shamyl Othman ini akan turut menampilkan pelakon veteran Eman Manan serta dua pelakon cilik iaitu Qistina Raisah dan Syed Ali Murtadha.

Setakat ini plot filem Rahsia dan tarikh tayangan masih didedahkan kepada umum.

Sumber: Cinema Online

Related posts

5 Animasi Tempatan Untuk Memberi Hiburan Kepada Kanak-Kanak Pada Hari Malaysia Ini

Kakimuvee

DRAMA ‘THE HOTEL’ BERI PERSPEKTIF LAIN TENTANG ISU KESIHATAN MENTAL

Zulaikha

Anime Pertama Tempatan ‘Satria 7 Pahlawan’ Akan Tersedia Di Netflix Selasa Ini

Kakimuvee

Drama Terbaru ‘HASRAT TERSIRAT’ Sarat Dengan Konflik

Zulaikha

ASTRO SIAR TAYANGAN EKSKLUSIF ‘ALL TOGETHER NOW MALAYSIA’ SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-25

Zulaikha

5 Rancangan Tempatan Yang Pernah Kita Tonton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

Leave a Comment