Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Nabil Ahmad Bertukar Kerjaya

Nabil Ahmad. Sumber gambar: Rojakdaily

Pelakon, pelawak dan pengacara popular Nabil Ahmad memberitahu dia sudah tidak lagi mahu bertanding atau turut serta dalam program berbentuk pertandingan lawak, sebaliknya ingin memberi tumpuan kepada kerjaya mengacara dan melakukan kerja di belakang tabir.

“Saya nak buat sesuatu yang baru. Cuba kerja belakang tabir dan buat skrip. Saya mahu orang tengok kebolehan lain yang saya ada.

“Ada banyak cara nak kembangkan idea pelawak. Kini saya suka tulis skrip dan tengok orang lain keluarkan lawak saya,” – Nabil Ahmad

Nabil yang sudah sembilan tahun bergelar pelawak sejak menjuarai program “Raja Lawak” pada tahun 2004, berkata dia tidak mahu memalukan dirinya sendiri dengan bersaing dengan pelawak baru yang mempunyai pengikut mereka yang tersendiri.

Tambah pelakon berusia 34 tahun itu lagi, sebagai pelawak dia perlu tahu batasan waktu dan mengapa dia perlu merendahkan maruah dirinya untuk bersaing dengan pelawak baru.

Dalam pada itu, Nabil kini mempunyai syarikat produksi sendiri iaitu Nabil Production Sdn Bhd yang mana dia bakal menerbitkan sebuah sitkom berjudul “Bas Stop” yang akan mula ditayangkan pada 1 Jun depan di Astro Warna.

Menurut Nabil, sitkom tersebut dihasilkan untuk mengembalikan fenomena sitkom “Pi Mai Pi Mai Tang Tu” yang pernah popular satu ketika dahulu.

Sitkom “Bas Stop” akan dibintangi oleh Sherry Alhadad, Abby Yus, Angah Raja Lawak dan Ippo Hafiz.

Sumber: mStar Online

Related posts

TV Spot Terbaru The Matrix Resurrections Telah Didedahkan Kepada Penonton

Kakimuvee

Penggambaran Extraction 2 Telah Bermula

Kakimuvee

Red Notice Menjadi Filem Paling Ramai Penonton Di Netflix

Kakimuvee

Siri Spin-Off Money Heist, ‘Berlin’ Sedang Dibangunkan Oleh Netflix

Kakimuvee

Satu Lagi Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Leave a Comment