
Susulan pengunduran Ji Soo dari drama “River Where the Moon Rises”, KBS mengumumkan bahawa bintang “Mr. Queen” Na In Woo akan menggantikan tempat Ji Soo dengan memainkan watak utama sebagai On Dal.
Selepas KBS membuat kenyataan rasmi mengenai penyingkiran Ji Soo, laporan media mendedahkan bahawa Na In Woo disebut-sebut akan menggantikan tempat pelakon itu. Laporan media tersebut mendapat perhatian agensi Na In Woo, Cube Entertainment yang mengesahkan bawa bintang “Mr. Queen” itu sedang berunding untuk mengambil alih peranan Ji Soo.
“Na In Woo telah menerima tawaran untuk menyertai ‘River Where the Moon Rises’ dengan memainkan peranan On Dal, dan dia kini sedang meneliti tawaran itu.” kata jurucakap Cube Entertainment.
Selepas berunding, pasukan produksi “River Where the Moon Rises” akhirnya mengesahkan, “Na In Woo akan membawa peranan On Dal.” KBS juga mengumumkan bahawa Na In Woo akan muncul dalam episod sembilan drama tersebut.
Awal minggu ini, Ji Soo berhadapan dengan beberapa tuduhan membuli di sekolah, dan pada 4 Mac pelakon itu mengeluarkan surat permohonan maaf yang ditulis dengan tangan. Permohanan maaf Ji Soo mendapat perhatian penerbit yang segera membatalkan penggambaran pada hari yang sama.
Ketika itu, produksi “River Where the Moon Rises” sudahpun menyelesaikan 95 peratus penggambaran drama tersebut, dan mereka mengadakan pertemuan untuk membincangkan bagaimana drama itu diteruskan setelah Ji Soo terpalit dengan kontroversi.
Pada 5 Mac, juruakap KBS memberitahu Star News bahawa mereka telah membuat keputusan untuk menyingkirkan Ji Soo, dan akan mencari pengganti untuk watak On Dal.
“River Where the Moon Rises” menceritakan kisah cinta Puteri Pyeonggang dan On Dal. Dalam penceritaan semula kisah terkenal ini, Pyeonggang – yang juga pahlawan berani – adalah seorang wanita yang bercita-cita tinggi dan ingin menjadi wanita pertama yang memimpin Goguryeo.