Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Mysterio Dikhabarkan Bakal Mendapat Filem Solonya Sendiri?

Sebelum Mysterio menjadi penjahat utama dalam filem Spider-Man: Far From Home,  sudah terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa Sony Pictures mahu menghasilkan filem solo mengenai Quentin Beck. Kini, selepas berjaya mencuri perhatian peminat-peminat Marvel, karakter lakonan Jake Gyllenhaal ini mungkin sekali lagi diangkat ke layar perak.

Menurut laporan dari The Illuminerdi, Sony Pictures dilaporkan mahu membawa kembali Gyllenhaal untuk sebuah filem solo yang berkisarkan tentang Mysterio.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut didedahkan, tetapi karakter seperti Venom, Kraven the Hunter dan Morbius yang memiliki filem solo mereka sendiri, kemungkinan besar Sony mempunyai perancangan untuk menerbitkan filem yang melibatkan kumpulan ‘villain’ Sinister Six.

Jika filem solo Mysterio berada dalam perancangan Sony, filem ‘origin’ mengenai karakter tersebut mungkin tidak perlu dihasilkan, dan hanya meneruskan perancangan jahatnya yang ingin membalas dendam terhadap Spider-Man. Apapun, ia masih sekadar khabar angin, dan kita perlu menunggu pengumuman rasmi dari pihak studio.

Related posts

Foto Set Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Beri Pandangan Pertama Christian Bale Sebagai ‘Gorr the God Butcher’

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “Spider-Man: No Way Home” Dedah Pertemuan Spidey & Doctor Strange Di Sanctum Sanctorum

Kakimuvee

“Jungle Cruise” Kutip $90 Juta Dolar Pada Minggu Pertama Tayangan

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Venom: Let There Be Carnage” Tunjuk Keganasan Villain Utama

Kakimuvee

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Leave a Comment