Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Mysterio Berikan Kata-Kata Semangat Kepada Peter Parker Dalam Klip Terbaru Spider-Man: Far From Home

Sony dan Marvel Studios melancarkan lagi klip filem Spider-Man: Far From Home, kali ini ia memaparkan babak dimana Mysterio memberikan kata-kata semangat kepada Peter Parker. Anda boleh tonton klip filem tersebut dipemain video dibawah.

Spider-Man: Far From Home ditetapkan selepas kejadian Avengers: Infinity War dan Avengers 4 yanga menyaksikan Peter Parker (Tom Hollad) menyertai rombongan sekolahnya iaitu ‘Midtown School of Science and Technology’ ke Eropah.

Diarahkan oleh Jon Watts serta ditulis oleh Chris McKenna dan Erik Sommers, Spider-Man: Far From Home turut dibintangi oleh Michael Keaton, Zendaya, Marisa Tomei, dan Jake Gyllenhaal yang akan membawakan karakter Mysterio.

Turut kembali dalam Marvel Cinematic Universe adalah Cobie Smulders yang akan membawakan watak sebagai ejen Maria Hill dan Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury.

Spider-Man: Far From Home akan ditayangkan di Malaysia pada 3 Julai ini.

Related posts

Diana Akan Tiba Pada Krismas Ini Dalam TV Spot Terbaru “Wonder Woman 1984”

Kakimuvee

Masa Bermain Telah Tamat Dalam Trailer “The Boss Baby: Family Business”

Kakimuvee

TV Spot “Wonder Woman 1984” Pamerkan Babak Yang Menakjubkan

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa ‘Monster Hunter’ Berikan Pandangan Pertama Ron Perlman, Palico & Banyak Lagi

Kakimuvee

Lavagirl Beraksi Dalam Teaser Trailer “We Can Be Heroes”

Kakimuvee

Daisy Ridley & Tom Holland Dalam Trailer Sci-fi Thriller CHAOS WALKING.

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating