Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Musim Tiga Drama Perubatan Popular Korea ‘Dr. Romantic 3’ Akan Membuat Debut Pada 28 April Ini Di Disney+ Hotstar.


Berikutan dua musim pertama yang luar biasa, musim ketiga drama perubatan terkenal Korea, Dr. Romantic 3 akan disiarkan mulai 28 April di Disney+ Hotstar.

Meneruskan kisah Boo Yongjoo, seorang pakar bedah yang sangat berjaya yang melepaskan jawatan berprestijnya di pusat perubatan terkemuka Seoul dan berpindah ke Hospital Doldam, sebuah hospital terpencil di wilayah luar bandar, Dr. Romantic 3 bersedia untuk kembali dengan doktor baharu, antagonis baru yang menawan, dan percintaan yang tidak boleh dilepaskan.

Dibintangi oleh Han Sukkyu (Deep Rooted Tree) sebagai Boo Yongjoo, satu-satunya pakar bedah di Korea Selatan yang menjadi triple board yang diperakui dalam pembedahan am, pembedahan kardiotoraks dan perubatan kecemasan; Ahn Hyoseop (Business Proposal) sebagai Seo Woojin, seorang doktor yang difitnah yang cuba membina semula hidupnya di bawah bimbingan Yongjoo; Lee Sungkyung (Call It Love) sebagai Cha Eunjae, seorang felo pembedahan tahun kedua yang sering bersaing dengan Woojin tetapi mempunyai masalah apabila dia melakukan pembedahan.

Dr. Romantic ditulis oleh Kang Eunkyung (Bread, Love and Dreams) dan Lim Hyemin dan diarahkan oleh Yoo Inshik (Dr. Romantic 1&2, Extraordinary Attorney Woo) dan Kang Boseung (Why Her).

Nikmati Dr. Romantic 3 mulai 28 April di Disney+ Hotstar.



Related posts

Siri Psikothriller Jepun “GANNIBAL” Disambung Untuk Musim Ke-2

Kakimuvee

Teaser Trailer Percy Jackson and The Olympians Pratonton Adaptasi Terbaru Disney+

Kakimuvee

Selepas 12 Hari Di Tayangkan Di Korea, Sleep Telah Mencatat Lebih 1 Juta Penonton

Kakimuvee

Drama Terbaru SBS “The Escape of the Seven” Bermula Baik Pada Episod Pembukaan

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Anime Yang Dinantikan “TOKYO REVENGERS: TENJIKU ARC” Akan Membuat Debut Di Disney+ Hotstar Pada 4 Oktober Ini

Kakimuvee