Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Anime

Musim Terbaru “The Seven Deadly Sins” Akan Ditayangkan Di Netflix Jun Ini


Selepas Pretty Guardians Sailor Moon Eternal The Movie: Part 1 / Part 2Godzilla Singular PointTrese, dan Record of Ragnarok, Netflix menambah satu lagi siri anime dalam jadual tayangan mereka pada bulan hadapan. 

Menurut Comingsoon.net, musim terbaru The Seven Deadly Sins akan kembali ke Netflix pada 28 Jun ini. Sekuel yang bertajuk The Seven Deadly Sins: Dragon’s Judgement itu sepatutnya ditayangkan di Jepun pada Januari 2021, tetapi terpaksa ditunda beberapa kali disebabkan pandemik. 

Siri ini anime itu telah ditayangkan di Jepun pada April, dan episod terakhir dijadualkan pada 23 Jun 2021, beberapa sebelum tarikh pelepasan Netflix. 

The Seven Deadly Sins: Dragon’s Judgement adalah sekuel kepada Wrath of the Gods, yang telah ditayangkan pada 2019. Para pelakon utama, berserta pasukan produksi Wrath of the Gods, kembali dalam musim terbaru, termasuklah pengarah Susumu Nishizawa dan Rintarou Ikeda. 

Untuk info, Pretty Guardians Sailor Moon Eternal The Movie: Part 1 / Part 2 akan tersedia untuk ditonton mulai 3 Jun, manakala Godzilla Singular Point akan membuat debut pada 24 Jun. Sementara itu, Record of Ragnarok masih belum diberi tarikh pelepasan rasmi. 



Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee