BeritaSiri TV

Musim Terbaru Grey’s Anatomy Akan Menangani Pandemik COVID-19

Views

Pandemik COVID-19 turut memberi kesan kepada drama perubatan Grey's Anatomy apabila terpaksa menamatkan musim ke-16 lebih awal.

Bagaimanapun, musim akan datang dijangka sangat menarik kerana ia akan berkisar tentang isu pandemik COVID-19.

Ketika bercakap dalam sesi panelis “Quaranstreaming: Comfort TV That Keeps Us Going” yang dihoskan Televisyen Academy, penerbit eksekutif Krista Vernoff mendedahkan bahawa musim seterusnya akan berkisarkan tentang pandemik COVID-19.

"We’re going to address this pandemic for sure,"

"There’s no way to be a long-running medical show and not do the medical story of our lifetimes."

Menurutnya lagi, penulis rancangan telah bertemu dengan doktor sebenar, dimana mereka telah berkongsi pengalaman menangani pandemik.

Ditayangkan sejak 2005, Grey's Anatomy merupakan antara drama terbaik yang pernah dihasilkan. Drama perubatan yang mendebarkan ini berkisar tentang Meredith Gray dan pasukan doktor di Hospital Sloan Memorial, yang mana mereka berhadapan dengan keputusan hidup atau mati setiap hari.

Drama ini berjaya memenangi anugerah Drama Terbaik di Golden Globe Award pada 2007 dan dicalonkan dalam beberapa kategori Emmy termasuklah Drama Bersiri Cemerlang.

Grey's Anatomy dibintangi oleh Ellen Pompeo sebagai Meredith Gray, Justin Chambers sebagai Alex Karev, Chandra Wilson sebagai Miranda Bailey, James Pickens Jr sebagai Richard Webber, Kevin McKidd sebagai Owen Hunt, Jesse Williams sebagai Jackson Avery, Caterina Scorsone sebagai Amelia Shepherd, Camilla Luddington sebagai Jo Wilson, Kelly McCreary sebagai Maggie Pierce dan Giacomo Gianniotti sebagai Andrew DeLuca.

Sumber: Entertainment Weekly

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman

Tinggalkan Balasan

Add your own review

Rating

shares