
Musim terakhir Attack on Titan akan kembali pada Januari 2022. Pekara tersebut diumumkan melalui akaun Twitter rasmi anime tersebut.
Apabila bahagian pertama musim keempat berakhir, pihak studio memberi tarikh ‘musim sejuk seterusnya’ untuk bahagian kedua, dan nampaknya tiada penangguhan pada produksi. MAPPA juga mengumumkan bahawa rekap khas yang menampilkan watak seperti Levi, Ani, dan Mikasa akan ditayangkan sebelum musim ini berakhir.
【放送情報】
— アニメ「進撃の巨人」公式アカウント (@anime_shingeki) August 22, 2021
「進撃の巨人 The Final Season」第76話「断罪」
NHK総合にて2022年1月放送開始!
新作の放送を前に、進撃を振り返る特別総集編
リヴァイ、アニ、ミカサなどの視点で語られる
オリジナルアニメ(OAD)も放送予定!
放送をお楽しみに!https://t.co/qnwSQh1AFW#shingeki pic.twitter.com/C7aOhDjJe1
MAPPA juga belum mengumumkan jumlah episod untuk bahagian kedua, dan tidak jelas bagaimana rancangan ini akan mengikuti plot manga yang masih ada, yang secara rasmi berakhir awal tahun ini.
Penamat manga Attack on Titan telah menimbulkan perdebatan dikalangan peminat, jadi agak menarik untuk melihat bagaimana MAPPA memutuskan jalan ceritanya, sama ada mengikut gaya yang sama, atau memilih untuk mencipta jalan ceritanya yang tersendiri.
Musim pertama hingga ketiga Attack on Titan boleh distrim di perkhidmatan streaming Netflix.