Berita

Musim Pertama WHAT IF? Akan Meneroka 23 Filem Awal Marvel Studios

Views

Dalam temubual bersama laman hiburan Screenrant baru-baru ini, presiden Marvel Studios Kevin Feige telah mendedahkan bahawa siri animasi What If…? musim pertama akan memberi fokus kepada cerita dari The Infinity Saga.

Menurutnya lagi, What If…? akan meneroka 23 filem awal Marvel, dan memasukkan ‘twist’ untuk melihat bagaimana ia akan menjadi berbeza.

“Right now, we’re focusing on for the first season, everything you know about the 23 movies in the Infinity Saga and adding one twist to them and seeing how everything turns out different.” 

What..If? pertama kali diperkenalkan Marvel pada tahun 1977 dan lebih 200 isu telah diterbitkan. Komik-komik tersebut menceritakan bagaimana sejarah Marvel Universe akan berubah sekiranya mereka melakukan perubahan-perubahan penting dalam kontinuiti Marvel. Sebagai contoh komik What if Spider-Man didn’t become a crimefighter? & What if Thanos joined the Avengers? 

Dalam animasi What If…? akan datang, Jeffrey Wright akan memainkan peranan sebagai The Watcher dan animasi ini akan dibintangi pelakon-pelakon asal MCU seperti Michael B. Jordan, Sebastian Stan, Josh Brolin, Mark Ruffalo, Tom Hiddleston, Samuel L. Jackson, Chris Hemsworth, Hayley Atwell, Chadwick Boseman, Karen Gillan, Jeremy Renner, Paul Rudd, Michael Douglas, Neal McDonough, Dominic Cooper,  Sean Gunn, Natalie Portman, David Dastmalchian, Stanley Tucci, Taika Waititi, Toby Jones, Djimon Hounsou, Jeff Goldblum, Michael Rooker dan Chris Sullivan.

BACA:  Ridley Scott Dan Disney Dilaporkan Sedang Berbincang Untuk Terbitkan Merlin Saga

What If…? akan disiarkan di laman streaming Disney+ pada tahun 2021.

Tinggalkan Balasan

shares