Musim Ketujuh Agents of S.H.I.E.L.D Akan Menjadi Musim Terakhir, Tonton Trailer Promo Disini

91
views

Selepas lama bertahan, akhirnya siri televisyen Marvel Agents of S.H.I.E.L.D bakal menemui penghujungnya. Semasa menghadiri barisan panelist siri televisyen tersebut di konvensyen San Diego Comic Con baru-baru ini, bos Marvel TV Jeph Loeb mengumumkan, musim ketujuh Agents of S.H.I.E.L.D akan menjadi musim terakhir siri televisyen tersebut.

Dengan perkembangan terbaru itu, stesen penyiar ABC telah melancarkan trailer terbaru sempena finale musim keenam. Trailer tersebut memberi pandangan pertama 4 episod terakhir musim keenam akan datang. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

Musim keenam Agents of S.H.I.E.L.D dibintangi Clark Gregg, Ming-Na Wen, Chloe Bennet, Iain De Caestecker, Elizabeth Henstridge, Henry Simmons, dan Natalia Cordova-Buckley.

Siri televisyen ini Joss Whedon, Jed Whedon & Maurissa Tancharoen, yang turut bertindak selaku penerbit eksekutif bersama-sama Jeffrey Bell dan Jeph Loeb dan Jim Chory.

Agents of S.H.I.E.L.D bersiaran di saluran Astro FOX HD (724) setiap hari Sabtu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here