Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Musim Kedua “The Penthouse” Bakal Menampikan Cameo Lee Si Eon, Bada (S.E.S), Jun Jin (Shinhwa), Ryu Yi Seo Dan Banyak Lagi


Musim kedua The Penthouse bakal menampilkan barisan cameo yang menarik!

Drama hit SBS itu kini bersiap-sedia untuk tayangan perdana musim keduanya akhir bulan ini, dan para produser telah menambah keterujaan dengan mendedahkan bahawa musim yang akan datang akan menampilkan banyak penampilan cameo yang terdiri daripada pelbagai bintang.

Penyanyi dan pengacara TV popular Bada akan menyertai rakannya dari kumpulan S.E.S, Eugene dalam penampilan TV drama pertamanya dengan membuat penampilan istimewa dalam musim kedua akan datang.

Aktor Lee Si Eon turut membuat penampilan istimewa dalam apa yang digambarkan sebagai peranan kecil tetapi akan meninggalkan kesan yang besar.

Selain itu juga, musim kedua akan menampilkan cameo dari pasangan suami isteri, Jun Jin dari kumpulan Shinhwa dan isterinya Ryu Yi Seo. Kedua-dua mereka akan memainkan peranan sebagai pasangan yang menghadiri parti untuk pasangan yang sudah berkahwin.


Sebelum ini telah dilaporkan bahawa Lee Sang Woo akan menyertai isterinya, Kim So Yeon untuk muncul sebagai cameo dalam The Penthouse. Sementara itu, Ahn Yun Hong disahkan menyertai barisan pelakon The Penthouse musim kedua dengan membawa watak baru. 

The Penthouse ditetapkan di apartment penthouse 100 tingkat yang mewah, dan musim pertama menampilkan tiga pelakon wanita sebagai watak utama: “ratu” penthouse Shim Soo Ryeon (Lee Ji Ah), “prima donna” Cheon Seo Jin (Kim So Yeon) yang tidak akan berhenti untuk mendapatkan apa yang dia mahukan, dan Oh Yoon Hee (Eugene) yang akan melakukan apa sahaja untuk memasuki dunia masyarakat tinggi. 

Musim kedua The Penthouse akan ditayangkan pada 19 Februari. Saksikan teaser disini.

Sumber: Soompi


Related posts

Drama Terbaru SBS “The Escape of the Seven” Bermula Baik Pada Episod Pembukaan

Kakimuvee

MOVING Pecah Rekod, Jadi K-Drama Paling Ramai Penonton Di Disney+ Hotstar

Kakimuvee

MASK GIRL Duduki No. 1 Carta Netflix Untuk Rancangan Bukan Bahasa Inggeris

Kakimuvee

[TRAILER] Siri Aksi Komedi Korea “Han River Police” Akan Debut Pada 13 September Eksklusif di Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Drama Jenayah Korea “The Worst of Evil” Akan Tiba Pada 27 September Eksklusif di Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Nikmati Tayangan Perdana Program Terhebat Korea Di Astro Pada Ogos Ini

Kakimuvee