Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Musim Kedua “The Flight Attendant” Sasar Tayangan Pada Tahun Hadapan


Disember lalu, setelah berjaya mengakhiri musim pertamanya, “The Flight Attendant” dengan segera mendapatkan pembaharuan musim kedua kerana sambutan positif yang diperolehinya dari pengkritik dan penonton.

Semasa AT&T Investor Day, CEO WarnerMedia, Jason Kilar mengesahkan bahawa siri yang diterajui Kaley Cuoco itu dijadualkan kembali pada musim bunga tahun hadapan. Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai musim kedua termasuklah tarikh penggambaran masih belum didedahkan memandangkan para penulis baru sahaja memulakan pertemuan. 

Awal tahun ini, siri “The Flight Attendant” memperoleh pencalonan utama di Golden Globe termasuk Siri Televisyen Terbaik – Muzikal atau Komedi dan Pelakon Wanita Terbaik – Siri Televisyen Musikal atau Komedi untuk persembahan terkenal Cuoco pada musim pertama.

“The Flight Attendant” adalah kisah bagaimana hidup seseorang dapat berubah dalam satu malam. Seorang pramugari (Cuoco) bangun di hotel yang salah, di tempat tidur yang salah, dengan orang yang telah mati – dan tidak tahu apa yang berlaku. Thriller komedi gelap didasarkan pada novel berjudul sama oleh pengarang terlaris New York Times, Chris Bohjalian.

Siri ini dibintangi Kaley Cuoco (The Big Bang Theory, Harley Quinn), Michelle Gomez (Chilling Adventures of Sabrina), Rosie Perez (Birds of Prey), Colin Woodell (The Purge), T.R. Knight (Grey’s Anatomy), Zosia Mamet (Girls), Merle Dandridge (The Night Shift), Michiel Huisman (Game of Thrones), Nolan Gerard Funk (Glee) dan Griffin Matthews.


“The Flight Attendant” dicipta dan diterbitkan oleh Steve Yockey. Penerbit eksekutif terdiri daripada Cuoco, Greg Berlanti, Sarah Schechter, Meredith Lavander, Marcie Ulin, dan Susanna Fogel.


Related posts

[TRAILER] Black Mirror Kembali Dengan Musim 6, Netflix Dedah Tarikh Tayangan

Kakimuvee

Siri ‘Harry Potter’ Akan Dibangunkan Di HBO Max, Bakal Menampilkan Barisan Pelakon Baharu

Kakimuvee

The Penguin: Colin Farrell Kembali Sebagai Oswald Cobblepot Dalam ‘Spin-Off’ The Batman

Kakimuvee

Foto “Titans” Musim 4 Dedah Pandangan Pertama Penjahat ‘Brother Blood’

Kakimuvee

Siri HBO “The Last of Us” Dedah Rakaman Pertama

Kakimuvee

“Pretty Little Liars: Original Sin” Akan Membuat Debut Di HBO GO Pada 28 Julai Ini

Kakimuvee