Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Siri TV

Musim Kedua Sex Education Akan Menemui Penonton Pada 17 Januari Ini

Netflix telah melancarkan trailer pertama musim kedua siri kegemaran ramai Sex Education yang memberikan previu tentang isu dan konflik terbaru yang dihadapi Otis dalam musim akan datang. Dibintangi Asa Butterfield dan Gillian Anderson, siri ini akan menemui penonton pada 17 Januari 2020. Anda boleh saksikan trailer dipemain video dibawah.

Otis Thompson – seorang pelajar teruna sekolah tinggi yang canggung dalam hubungan sosial tinggal bersama ibunya, yang merupakan seorang ahli terapi seks.  Dikelilingi oleh manual, video dan perbualan terbuka mengenai hubungan seks, Otis adalah pakar dalam subjek itu. Apabila kehidupannya dirumah didedahkan di sekolah, Otis sedar bahawa dia boleh menggunakan kepakarannya dalam meningkatkan statusnya.

Bersama rakannya Maeve, sorang gadis nakal yang bijak, mereka mendirikan klinik terapi seks secara bawah tanah untuk menangani masalah pelik rakan-rakan mereka. Melalui analisisnya terhadap seksualiti remaja, Otis menyedari bahawa dia sendiri memerlukan rawatan.

Turut kembali dalam musim akan datang adalah Emma Mackey, Ncuti Gatwa, Aimee-Lou Wood, Connor Swindells, Kedar Williams-Stirling, Tanya Reynolds, Patricia Allison, dan Alistair Petrie.

Sementara menantikan musim kedua bersiaran, anda boleh menonton musim pertama Sek Education dengan klik pautan yang berikut: netflix.com/SexEducation.

Related posts

Teaser “Paranormal Activity: Next of Kin” Pratonton Filem Reboot Untuk Paramount+

Kakimuvee

Netflix Lancarkan Trailer Musim Ketiga “You”

Kakimuvee

iQiyi Dedah Trailer Terbaru Untuk K-Siri Asli Yang Akan Datang “Jirisan”

Zulaikha

A24 Lancar Trailer Rasmi “The Humans” Lakonan Steven Yeun & Richard Jenkins

Kakimuvee

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Final Frontiers: Exploring Unchartered Territories With BBC Earth

Kakimuvee

Leave a Comment