
Musim kedua Demon Slayer akan menemui peminat tidak lama lagi!
Selepas musim pertama mendapat pujian dari peminat dan filemnya, Demon Slayer the Movie: Mugen Train berjaya menjadi filem paling laris di Jepun, peminat dengan penuh sabar menantikan berita terbaru mengenai anime popular ini.
Media sosial Twitter rasmi Demon Slayer akhinya mengumumkan secara rasmi pembikinan musim kedua, dan akan dilancarkan pada tahun ini.
Musim 2 akan merangkumi jalan cerita yang dikenali sebagai Entertainment District Arc.
#NEWS Entertainment District Arc announced for TV anime adaptation in 2021! #DemonSlayer #SoundHashira #TengenUzui pic.twitter.com/KiFDYgi8GN
— Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba (English) (@DemonSlayerUSA) February 14, 2021
Here's the subs for the new Kimetsu No Yaiba (Demon Slayer) Season 2: Entertainment District arc announcement trailer!
— ☆オードリーAudrey☆ (@aitaikimochi) February 14, 2021
Season 2 will be out in 2021! pic.twitter.com/I5Zq8TDAZl
Entertainment District Arc merupakan satu lagi jalan cerita Demon Slayer yang tidak akan dilupakan dan mempunyai plot yang baik serta klimaks yang sangat menarik.
Musim kedua Demon Slayer bakal menjadi hit sepertimana siri sebelumnya. Selain musim terbaru, anime ini juga bakal menerima permainan video konsol pertamanya tahun ini.
Berdasarkan manga berjudul sama, anime Demon Slayer telah dihasilkan pada 2019 dan mendapat ulasan yang cukup positif.
Musim pertama merangkumi kisah Tanjiro Kamado, seorang pemuda yang ingin menjadi pembunuh iblis setelah keluarganya dibunuh dan adiknya Nezuko berubah menjadi iblis.
Anime ini berdasarkan manga popular berjudul sama yang diterbitkan di Weekly Shōnen Jump dari Februari 2016 hingga Mei 2020.