Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Musim Ke-2 “Never Have I Ever” Akan Kembali Pada 15 Julai 2021


Devi kembali lagi! Dengan dua prospek romantis dan lebih banyak drama sekolah tinggi, Never Have I Ever, siri komedi remaja lakonan Maitreyi Ramakrishnan, akan kembali untuk musim kedua pada 15 Julai 2021.

Sempena pelancaran musim kedua pada Julai akan datang, para pelakon dan pencipta siri akan hadir bersama untuk menganjurkan acara pelancaran trailer bersama peminat pada 18 Jun 2021 jam 11.00 pagi waktu Malaysia. 

Menampilkan Mindy Kaling, Lang Fisher, Maitreyi Ramakrishnan, Darren Barnet, Jaren Lewison, Lee Rodriguez, Ramona Young, Poorna Jagannathan, Richa Moorjani, dan Megan Suri, acara itu akan melibatkan permainan, sesi soal jawab bersama peminat, dan klip teaser, sebelum pelancaran trailer rasmi untuk musim kedua.  

Dalam Musim 2 Never Have I Ever, remaja India-Amerika, Devi (Maitreyi Ramakrishnan) terus menangani tekanan harian sekolah menengah dan drama di rumah, sambil juga menjalin hubungan romantis yang baru. Never Have I Ever dicipta oleh penerbit eksekutif Mindy Kaling, dengan Lang Fisher berkhidmat sebagai pencipta bersama, penerbit eksekutif, showrunner dan penulis. Projek Universal Television ini juga diterbitkan bersama Howard Klein dan David Miner.


Related posts

Pandangan Pertama Filem Aksi Komedi BACK IN ACTION Lakonan Jamie Foxx & Cameron Diaz

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Dua 3 BODY PROBLEM

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee