Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

Musim Ke-11 The Walking Dead Disahkan Secara Rasmi


Musim ke-11 The Walking Dead secara rasminya akan dihasilkan! Pekara tersebut didedahkan oleh ‘showrunner’ Angela Kang semasa di sesi panel Walking Dead di New York Comic Con yang berlangsung pada minggu ini.

Episod pertama The Walking Dead musim ke-10 akan mula bersiaran di saluran Astro FOX HD (CH 724) pada jam 11.45 pagi diikuti siaran ulangan pada 9.05 malam hari yang sama. Musim ke-11 dijangka akan menemui penonton pada musim luruh tahun hadapan.

Musim kesembilan yang lalu menyaksikan tambahan baru dalam dunia The Walking Dead, iaitu salji. Para ‘survivor’ TWD berjaya menghadapi ribut salji yang dasyat manakala antagonis baru, The Whisperers masih memberi ancaman selepas membunuh beberapa karakter pada musim lalu.

The Walking Dead dibintangi para pelakon seperti Melissa McBride, Alanna Masterson, Josh McDermitt, Christian Serratos, Seth Gilliam, Ross Marquand, Austin Amelio, Tom Payne, Xander Berkeley, Khary Payton, dan Jeffrey Dean Morgan. Manakala bekas pelakon American Beauty, Thora Birch akan memainkan watak antagonis terbaru bernama Gamma.


Related posts

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

‘Liar’ Menang Perak Di ContentAsia Awards Ke-4 

Kakimuvee

Nikmati Tayangan Perdana Program Terhebat Korea Di Astro Pada Ogos Ini

Kakimuvee

Calming Signals: Woof & Meow, KPOP Generation Antara Program Korea Terhangat Di Astro Pada Julai Ini

Kakimuvee