Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Musim 2 “Alice in Borderland” Kuasai #1 Dalam Senarai TV Bukan Bahasa Inggeris Global Netflix


Di tengah-tengah kepulangan siri survival thriller yang yang sangat dinanti-nantikan, kedua-dua musim Alice in Borderland berjaya mendapat tempat pertama dalam senarai TV bukan bahasa Inggeris global Netflix, malah Musim 2 turut mencipta rekod dengan mendapat jumlah jam tonton tertinggi bagi siri TV Jepun untuk minggu pertama tayangan.

Musim baharu siri popular dari Jepun itu menguasai tempat #1 dalam senarai TV Bukan Bahasa Inggeris Global dengan jumlah tonton sebanyak 61.2 juta pada minggu tayangan perdanannya. 

Bukan itu sahaja, Musim 2 Alice in Borderland turut mencipta rekod untuk jumlah tontonan tertinggi bagi siri Jepun.

Dalam Musim 2, Arisu (Kento Yamazaki) dan Usagi (Tao Tsuchiya) cuba membongkar misteri Borderland untuk kembali ke dunia nyata,” menurut sinopsis.

Di tempat yang mereka percaya memegang kunci untuk mengungkap misteri – misteri ini, mereka bertemu sekutu, musuh, dan dalang di belakang semua permainan.”


“Arisu dan yang lain melepaskan diri dari permainan skala dan kesukaran yang melebihi musim pertama. Permainan yang tinggal hanya kad Jack, Queen, dan King, tetapi adakah mereka dapat mengumpulnya semua dan kembali ke dunia nyata?

Musim pertama drama survival mega-hit ini berjaya mencapai 10 teratas Netflix di sekurang-kurangnya 70 negara di seluruh dunia ketika ia membuat debutnya pada tahun 2020.


Related posts

Pandangan Pertama Filem Aksi Komedi BACK IN ACTION Lakonan Jamie Foxx & Cameron Diaz

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Dua 3 BODY PROBLEM

Kakimuvee

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee