Setelah menyepi selamat 4 tahun dari dunia perfileman, kini pengarah dan pelakon Syamsul Yusof kembali dengan menghasilkan filem terbaru berjudul Munafik.
Selepas melihat kejayaan filem Khurafat dikalangan penonton, Syamsul Yusof dilihat mencuba sesuatu yang baru dengan menghasilkan filem yang bergenre keagaaman iaitu Munafik.
Filem ini telah memulakan proses produksi pada 25 Mac 2015 yang lalu dimana lokasi pengambaran adalah disekitar Kuala Lumpur dan juga Janda Baik, Pahang. Selain dari mengarahkan filem ini, beliau juga turut berlakon dalam dan memegang watak utama yang bernama Adam yang merupakan seorang ustaz yang boleh mengubati penyakit gangguan syaitan atau sihir.
Ianya berkisar tentang Adam, seorang pengamal perubatan Islam yang tidak dapat menerima takdir apabila isterinya meninggal dunia.
Kemudian dia mengalami pelbagai pengalaman aneh setelah dipujuk mengubati seorang wanita bernama Maria yang mengalami gangguan.
Pelakon
Antara pelakon yang membintangi filem Munafik ini adalah Nabila Huda, Fizz Fairuz dan Pekin Ibrahim. Selain itu juga, Datuk Rahim Razali dan juga A. Galak turut terlibat sebagai pelakon dalam filem ini
Filem Munafik merupakan hasil karya ke 9 Syamsul Yusof sebagai peneraju utama , pelakon dan penulis skrip. Kali terakhir beliau mengarah dan berlakon dalam filem ialah KL Gangster 2.
Penerbitan filem ini melibatkan kos sebanyak RM 1.6 juta dan Datuk Yusof Haslam J.N bertindak sebagai penerbit filem.
Filem terbaru arahan Syamsul Yusof dan terbitan Skop Production ini akan menemui penonton pada 25 Februari ini.
Gambar – Gambar snapshot filem Munafik