Munafik 2: "Tok Adi" Antara Yang Pelakon Yang Tersenarai

0
1025
views

Filem paling sukses Malaysia, Munafik arahan Syamsul Yusof akan mempunyai sekuel kedua iaitu Munafik 2. Filem seram yang berjaya mengutip hampir RM19 juta di Malaysia dan Indonesia dikhabarkan akan memulakan pengambarannya pada penghujung Mac ini.

Filem sekuel ini bakal dibarisi pelakon-pelakon asalĀ pelakon asal seperti dirinya sendiri, Fizz Fairuz, Datuk Rahim Razali dan menampilkan muka baru Maya Karin, Mawi, Fauzi Nawawi dan Nasir Bilal Khan.

"Saya berasa sangat bertuah apabila berjaya mendapatkan Maya Karin dan Nasir Bilal Khan untuk berlakon falam "Munafik 2" ini, kerana kedua-dua mereka merupakan pelakon yang sangat hebat.

"Malah saya juga tidak sangka yang abang Nasir akan menerima tawaran berlakon saya yang mana dalam filem ini dia akan membawa watak hitam atau antagonis berbanding watak putih yang dibawanya dalam drama "Tanah Kubur","

Pengarah berusia 32 tahun itu pada masa sama turut tampil menjelaskan mengenai isu pelakon utama wanita iaitu Maya Karin, yang mana Syamsul berkata bahawa watak Maya Karin bukan menggantikan watak Nabila Huda sebagai Maria sebelum ini, sebaliknya ia adalah watak baru untuk jalan cerita yang berbeza.

Barisan pelakon filem Munafik - kredit gambar: Cinema Online

Tambah Syamsul lagi, watak yang dibawa oleh Nabila sudah pun mati dalam filem pertama jadi sepatutnya tidak timbul isu Maya menggantikan Nabila.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai "Munafik 2" ini pemenang tiga kali Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ini tidak mahu meletakkan diri dalam keadaan tertekan untuk mengatasi kehebatan filem "Munafik".

"Saya sering diaju soalan adakah saya tertekan untuk hasilkan filem kedua ini memandangkan filem terdahulu telah mencipta sejarah tersendiri. Bagi saya, saya tidak pernah meletakkan harapan terlalu tinggi untuk setiap naskhah saya, sebaliknya apa yang saya utamakan adalah kualiti garapan saya dan saya enggan melakukan kerja seperti 'melepaskan batuk di tangga'.

"Apa-apa pun, setiap kejayaan yang dicapai oleh filem saya adalah kerana Allah S.W.T. Saya hanya berikan yang terbaik dan Dia yang menentukannya."

"Munafik 2" dijangka bakal ditayangkan di seluruh negara pada tahun 2018.

Sumber: Cinema Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here