Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Munafik 2 Terus Mencipta Rekod, Raih RM21.6 Juta Dalam Tempoh 4 Hari

Filem seram Munafik 2 terus mencipta rekod apabila berjaya meraih RM 21.6 juta dalam tempoh 4 hari tayangan. Kutipan tersebut kini meletakkan Munafik 2 sebagai filem tempatan paling laris pada minggu pertama tayangan, mengatasi kutipan filem Hantu Kak Limah yang meraih RM13.6 juta pada tempoh yang sama.

Jika prestasi Munafik 2 berterusan pada minggu ini, tidak mustahil filem arahan Syamsul Yusof itu mengatasi kutipan filem Hantu Kak Limah yang kini telah mengumpul RM35 juta.


Munafik 2 yang dibintangi oleh Syamsul Yusof, Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Fizz Fairuz dan Mawi mengisahkan tentang Ustaz Adam yang ingin menghalang penyebaran ajaran sesat oleh Abuja dan dalam masa yang sama membantu Sakinah yang menghadapi gangguan makhluk halus yang disebabkan oleh ketua kumpulan ajaran sesat itu.

Munafik 2 kini sedang rancak ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.

Related posts

Trailer “Mat Kilau” Papar Perjuangan Anak Bangsa Melawan Penjajah

Kakimuvee

Poster Rasmi Goda Tarikh Tayangan “Mat Kilau” Pada 23 Jun Ini

Kakimuvee

Astro Radio Tingkatkan Jangkauan Sebanyak 3% Ke 16.4 Pendengar Mingguan

Kakimuvee

Drama ‘Scammer 2’ Memapar Sisi-Sisi Tersembunyi Sharifah Sofia

Kakimuvee

[TRAILER] Filem Komedi “Tiga Janda Melawan Dunia” Pasti Membuatkan Anda Gelak Berguling-Guling

Kakimuvee

Astro Bawakan Kelainan Menerusi Iklan Raya Terbaharu

Kakimuvee

Leave a Comment