Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Munafik 2 Raih RM30 Juta Dalam Tempoh 10 Hari


Filem terbaru arahan Syamsul Yusof, Munafik 2 semakin hampir menyamai kutipan filem Hantu Kak Limah apabila berjaya meraih RM30 juta dalamt tempoh 10 hari tayangan. Kutipaan ini menyaksikan Munafik 2 menjadi filem tempatan laju kutipan tiket setakat ini.

Sebelum ini, Munafik 2 berjaya mengatasi rekod yang dicipta Hantu Kak Limah apabila menjadi filem tempatan paling tinggi kutipan pada tayangan sneak preview dan tayangan hari pertama. Malah filem ini turut mencatat rekod kutipan filem tempatan paling tinggi kutipan pada minggu pertama dengan jumlah sebanyak RM 21.6 juta.

Jika prestasi baik ini berterusan, tidak mustahil Munafik 2 akan mengatasi kutipan Hantu Kak Limah yang kini mencatatkan jumlah sebanyak RM35 juta.

Munafik 2 yang dibintangi oleh Syamsul Yusof, Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Fizz Fairuz dan Mawi mengisahkan tentang Ustaz Adam yang ingin menghalang penyebaran ajaran sesat oleh Abuja dan dalam masa yang sama membantu Sakinah yang menghadapi gangguan makhluk halus yang disebabkan oleh ketua kumpulan ajaran sesat itu.

Munafik 2 kini sedang rancak ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.



Related posts

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee

Anwar: The Untold Story Menduduki Carta Top 10 Netflix Malaysia

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

‘Liar’ Menang Perak Di ContentAsia Awards Ke-4 

Kakimuvee

Viu Malaysia Raikan Semangat Kemerdekaan Dengan Viu Lokal Lah!  

Kakimuvee

Hairul Azreen Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee